Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 41
s 41 Medium of instruction
(1) All private higher educational institutions shall conduct its courses of study in the national language.
(2) Courses of study under subsection (1) shall include the subjects required to be taught under section 43.
(3) Notwithstanding subsection (1), a private higher educational institution may conduct a course of study in any other language as it deems appropriate subject to the approval of the Minister.
(4) If any course of study or a substantial part of any course of study in any private higher educational institution is conducted in any language other than the national language, the national language shall be taught as a compulsory subject for the students following such course of study in such language.
(5) In the case of students referred to in subsection (4) who are citizens of Malaysia, an achievement in the national language, at a level determined by the Registrar General, shall be a prerequisite to the award of a certificate, diploma or degree of the private higher educational institution or of any University, University College, higher educational institution, whether public or private, or professional body, within or outside Malaysia, consequent upon a course of study or training programme conducted by the private higher educational institution jointly or in affiliation, association or collaboration with such University, University College, higher educational institution or professional body.
(6) The Registrar General may exempt any student who has attained a certain level of achievement in the national language from the requirement of subsection (4).
(7) The provision of subsection (4) shall not apply to students who are not citizens of Malaysia following such course of study.
Malay text (authoritative)
Bahasa pengantar
(1) Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mengendalikan kursus pengajiannya dalam bahasa kebangsaan.
(2) Kursus pengajian di bawah subseksyen (1) adalah termasuk mata pelajaran yang dikehendaki supaya diajar di bawah seksyen 43.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), suatu institusi pendidikan tinggi swasta boleh mengendalikan sesuatu kursus pengajian dalam apa-apa bahasa lain yang difikirkannya sesuai tertakluk kepada kelulusan Menteri.
(4) Jika mana-mana kursus pengajian atau sebahagian yang substansial mana-mana kursus pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta dikendalikan dalam apa-apa bahasa selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai suatu mata pelajaran wajib bagi pelajar yang mengikuti kursus pengajian sedemikian dalam bahasa itu.
(5) Dalam hal pelajar yang disebutkan dalam subseksyen (4) yang merupakan warganegara Malaysia, suatu pencapaian dalam bahasa kebangsaan, pada tahap yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar, hendaklah menjadi pra-syarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah institusi pendidikan tinggi swasta itu atau mana-mana Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi, sama ada awam atau swasta, atau badan profesional, di dalam atau di luar Malaysia, berikutan kursus pengajian atau program latihan yang dikendalikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu secara bersesama atau bergabung, bersekutu atau bekerjasama dengan Universiti, Kolej Universiti, institusi pendidikan tinggi atau badan profesional itu.
(6) Ketua Pendaftar boleh mengecualikan mana-mana pelajar yang telah mencapai suatu tahap pencapaian yang tertentu dalam bahasa kebangsaan daripada kehendak subseksyen (4).
(7) Peruntukan subseksyen (4) tidaklah terpakai bagi pelajar yang bukan warganegara Malaysia yang mengikuti kursus pengajian itu.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 555 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).