My bookmarksSign up free
← Private Higher Educational Institutions Act 1996

Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 47

Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 47

s 47 Activities of students or students’ society, organization, body or group

(1) Subject to subsection (2), a student of the private higher educational institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether in or outside Malaysia, including any political party. (2) A student of the private higher educational institution shall not— (a) become a member of any unlawful society, organization, body or group of persons, whether in or outside Malaysia; or (b) become a member of any society, organization, body or group of persons, not being a political party, which the Registrar General determines and specifies in writing to the chief executive of the private higher educational institution to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the private higher educational institution. (c) (Deleted by Act A1583). (3) A student of the private higher educational institution and any society, organization, body or group of students of the private higher educational institution which is established by, under or in accordance with the constitution, shall not express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy with or opposition to— (a) any unlawful society, organization, body or group of persons, whether in or outside Malaysia; or (b) any society, organization, body or group of persons which the Registrar General determines and specifies in writing to the chief executive of the private higher educational institution to be unsuitable to the interests and wellbeing of the students or the private higher educational institution. (4) Notwithstanding subsection (3), a student of the private higher educational institution shall not be prevented from— (a) making a statement on an academic matter which relates to a subject on which he is engaged in study or research; or (b) expressing himself on the subject referred to in paragraph (a) at a seminar, symposium or similar occasion that is not organized or sponsored by any unlawful society, organization, body or group of persons, whether in or outside Malaysia, or any society, organization, body or group of persons determined by the Registrar General under paragraph (3)(b) to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the private higher educational institution. (5) The chief executive of the private higher educational institution shall comply with the directions of the Registrar General in regulating the activities of students or a society, an organization, a body or group of students of the private higher educational institution within the Campus. (6) Any private higher educational institution which fails to comply with the directions of the Registrar General under subsection (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik. (2) Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh — (a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu; atau (c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus. (3) Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap — (a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau (b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu. (4) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh dihalang daripada— (a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau (b) menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh manamana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu. (5) Ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mematuhi arahan Ketua Pendaftar dalam mengawal selia aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan swasta di dalam Kampus. (6) Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak mematuhi arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 555 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next