Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 67
s 67 Power to search and seize
(1) If it appears to a Magistrate upon written information on oath and after such enquiry as he considers necessary that there is reasonable cause to believe that—
(a) any premises have been used, are being used or are about to be used for; or
(b) there is in any premises evidence necessary to establish,
the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing an investigating officer, at any reasonable time by day or by night and with or without assistance—
(aa) to enter the premises, if need be by force; and
(bb) there to search for and seize, and therefrom remove any book, minute book, register, material, document, article or any other thing whether in the physical form or in the electronic medium—
(i) in respect of which an offence has been committed;
(ii) in respect of which an offence is suspected to have been committed, or
(iii) that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence.
(2) An investigating officer may—
(a) break open any outer or inner door of the premises or any fence, enclosure, gate or other obstruction to the premises, in order to effect entry thereinto;
(b) remove by force any obstruction to entry, search, seizure or removal as he is empowered to effect under subsection (1); and
(c) detain every person found in the premises until it has been searched.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk menggeledah dan menyita
(1) Jika didapati oleh Majistret, daripada maklumat bertulis yang dibuat atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
(a) mana-mana premis telah digunakan atau sedang digunakan atau hampir hendak digunakan bagi melakukan; atau
(b) terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang diperlukan bagi membuktikan pelakuan,
suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa pegawai penyiasat untuk, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan—
(aa) memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu; dan
(bb) menggeledah dan menyita dan mengalihkan daripadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, bahan, dokumen, barang atau apa-apa benda lain sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik—
(i) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;
(ii) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau
(iii) yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
(2) Pegawai penyiasat boleh—
(a) memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu supaya dapat masuk ke dalamnya;
(b) mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang berkenaan dengannya dia mempunyai kuasa di bawah subseksyen (1) untuk melakukan; dan
(c) menahan tiap-tiap orang yang didapatinya dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.
Read this section in the full act → · Open Part XIII →
Find Act 555 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).