Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 69
s 69 Power to seal
(1) Where the investigating officer has reasonable cause to believe that any house, building, premises or other place is being used as a private higher educational institution—
(a) without being approved and registered under this Act; or
(b) in contravention of any of the conditions imposed by the Minister or the Registrar General,
the investigating officer may forthwith take such steps as he may deem necessary or by any means seal such private higher educational institution.
(2) The person using the house, building, premises or place as private higher educational institution which has been sealed shall—
(a) within twenty-one days of such seal produce to the Registrar General the certificate of registration of the private higher educational institution; and
(b) bear any cost incurred arising out of such action.
(3) The seal shall be removed if—
(a) such person complies with the requirement of subsection (2); or
(b) an order of the court is obtained for such person to cease using the house, building, premises or place as a private higher educational institution,
whichever is the earlier.
(4) The investigating officer acting under this section shall not be liable for any cost arising out of such action or damages to the house, building, premises or place sealed under this section unless such damage was wilfully done.
(5) Any action taken under this section in respect of any house, building, premises or other place shall not prohibit the prosecution of any person using such house, building, premise or place as a private higher educational institution in contravention of this Act.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk mengunci
(1) Jika pegawai penyiasat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain digunakan sebagai institusi pendidikan tinggi swasta—
(a) tanpa diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini; atau
(b) dengan melanggar apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri atau Ketua Pendaftar,
maka pegawai penyiasat itu boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengunci institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(2) Orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat yang telah dikunci itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah—
(a) dalam masa dua puluh satu hari dari penguncian itu mengemukakan kepada Ketua Pendaftar perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu; dan
(b) menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.
(3) Kunci itu hendaklah dibuka jika—
(a) orang itu mematuhi keperluan subseksyen (2); atau
(b) perintah mahkamah didapatkan terhadap orang itu untuk berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta,
mengikut mana-mana satu yang lebih awal.
(4) Pegawai penyiasat yang melakukan tindakan di bawah seksyen ini tidak bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan yang sedemikian atau kerosakan pada rumah, bangunan, premis atau tempat yang dikunci di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu telah dilakukan dengan sengaja.
(5) Apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain tidak menghalang pendakwaan terhadap mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai institusi pendidikan tinggi swasta secara yang berlawanan dengan Akta ini.
Read this section in the full act → · Open Part XIII →
Find Act 555 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).