Private Higher Educational Institutions Act 1996 s 73
s 73 Control of advertisement
(1) If the Registrar General is of the opinion that any statement made in any advertisement in relation to a private higher educational institution is false, deceptive, offensive or misleading the Registrar General may by notice in writing direct such private higher educational institution to do all or any of the following:
(a) cease the continued issue of the advertisement;
(b) modify the advertisement in such manner as may be specified by the Registrar General;
(c) cease the issue of any advertisement which is wholly or substantially, a repetition of such advertisement;
(d) take all practical steps to withdraw the advertisement from every and all publication or display of it; or
(e) publish a statement in like manner as the advertisement issued earlier to retract or modify such advertisement.
(2) The Registrar General may vary, add to, alter, revoke or otherwise amend any direction issued under subsection (1) by a notice in writing to the private higher educational institution concerned.
(3) Upon registration of a private higher educational institution under Part V, any advertisement in relation to the private higher educational institution shall bear the registration number of the private higher educational institution.
(4) Any person who or private higher educational institution which contravenes the directions of the Registrar General under subsection (1)
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(5) Any action that is taken by the Registrar General under this section shall not prejudice the power of the Controller, Deputy Controller or Assistant Controller of Trade Descriptions under the Trade Descriptions Act 2011 [Act 730].
Malay text (authoritative)
Kawalan pengiklanan
(1) Jika Ketua Pendaftar berpendapat bahawa apa-apa pernyataan yang dibuat dalam mana-mana iklan berhubungan dengan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta adalah palsu, mengaburi mata, menyinggung perasaan atau mengelirukan, maka Ketua Pendaftar boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan supaya institusi pendidikan tinggi swasta itu melakukan kesemua atau mana-mana daripada yang berikut:
(a) menghentikan penerusan keluaran iklan itu;
(b) mengubahsuaikan iklan itu mengikut cara yang dinyatakan oleh Ketua Pendaftar;
(c) menghentikan keluaran mana-mana iklan yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah pengulangan iklan itu;
(d) mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap dan segala penyiaran atau pemamerannya; atau
(e) menyiarkan suatu pernyataan dalam cara yang serupa dengan iklan yang dikeluarkan pada awalnya untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan itu.
(2) Ketua Pendaftar boleh mengubah, menambah kepada, menukar, membatalkan atau selainnya meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melalui notis secara bertulis kepada institusi pendidikan tinggi swasta yang berkenaan.
(3) Selepas pendaftaran sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta di bawah Bahagian V, mana-mana iklan berhubungan dengan institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklah mengandungi nombor pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta itu.
(4) Mana-mana orang atau institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5) Apa-apa tindakan yang diambil oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen ini tidak menjejaskan kuasa Pengawal, Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal Perihal Dagangan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 [Akta 87].
Read this section in the full act → · Open Part XIV →
Find Act 555 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 April 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).