My bookmarksSign up free
← Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997

Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997 s 2

Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “Administration Act” means the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505]; “approved home” means any place or institution appointed as such under section 54; “approved rehabilitation centre” means any place or institution appointed as such under section 54; “baligh” means having attained the age of puberty according to Islamic Law; “Court” means the Syariah Subordinate Court, the Syariah High Court, or the Syariah Appeal Court, as the case may be, constituted under section 40 of the Administration Act; “Enactment” means the Administration of Muslim Law Enactment 1952 of the State of Selangor [Selangor Enactment 3 of 1952]— (a) in relation to the Federal Territory of Kuala Lumpur, as modified by the Federal Territory (Modification of Administration of Muslim Law Enactment) Orders 1974 [P.U. (A) 44 of 1974], 1981 [P.U. (A) 390 of 1981] and 1988 [P.U. (A) 263 of 1988] made pursuant to subsection 6(4) of the Constitution (Amendment) (No. 2) Act 1973 [Act A206] and in force in the Federal Territory of Kuala Lumpur by virtue of subsection 6(1) of that Act and the Administration of Muslim Law (Amendment) Act 1984 [Act A576]; and (b) in relation to the Federal Territory of Labuan, as modified and extended by the Federal Territory of Labuan (Modification and Extension of Administration of Muslim Law Enactment) Order 1985 [P.U. (A) 352 of 1985] made pursuant to section 7 of the Constitution (Amendment) (No. 2) Act 1984 [Act A585]; “fatwa” means any fatwa made under section 34 of the Administration Act; “Federal Territories” means the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan; “incest” means sexual intercourse between a man and a woman who are prohibited from marrying each other under Islamic Law; “Islamic Law” means Islamic Law according to any recognized mazhab; “Judge” means a judge of the Syariah Appeal Court, the Syariah High Court, and the Syariah Subordinate Court appointed under sections 41, 42 and 43 respectively, of the Administration Act; “li‘an” means an allegation made by a man under oath in accordance with Islamic Law that his wife has committed zina; “liwat” means sexual relations between male persons; “Majlis” means the Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan established under subsection 4(1) of the Administration Act; “Mufti” means the person appointed to be the Mufti for the Federal Territories under section 32 of the Administration Act, and includes the Deputy Mufti; “muncikari” means a person who acts as a procurer between a female and male person for any purpose which is contrary to Islamic Law; “musahaqah” means sexual relations between female persons; “qazaf” means making false allegation on any person; “takfir” means to regard a Muslim as a non-Muslim; “zina” means sexual intercourse between a man and a woman out of wedlock. (2) All words and expressions used in this Act and not herein defined but defined in the Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388] shall have the meanings thereby assigned to them respectively to the extent that such meanings do not conflict with Islamic Law. (3) For the avoidance of doubt as to the identity or interpretation of the words and expressions used in this Act that are listed in the Schedule, reference may be made to the Arabic script for those words and expressions as shown against them therein.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— ―Akta Pentadbiran‖ ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]; ―baligh‖ ertinya sudah cukup umur mengikut Hukum Syarak; ―Enakmen‖ ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 [Enakmen Selangor 3/1952] bagi Negeri Selangor— (a) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Pentadbiran Enakmen Hukum Syarak) 1974 [P.U. (A) 44/1974], 1981 [P.U. (A) 390/1981] dan 1988 [P.U. (A) 263/1988] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206] dan yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984; dan (b) berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U. (A) 352/1985] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585]; ―fatwa‖ ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 34 Akta Pentadbiran; ―Hakim‖ ertinya hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masing di bawah seksyen 41, 42 dan 43 Akta Pentadbiran; ―Hukum Syarak‖ ertinya Hukum Syarak mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf; Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 9 ―li’an‖ ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syarak bahawa isterinya telah melakukan zina; ―liwat‖ ertinya perhubungan seks sesama lelaki; ―Mahkamah‖ ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran; ―Majlis‖ ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran; ―Mufti‖ ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Wilayah Persekutuan di bawah seksyen 32 Akta Pentadbiran, dan termasuklah Timbalan Mufti; ―muncikari‖ ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak; ―musahaqah‖ ertinya perhubungan seks sesama perempuan; ―pusat pemulihan diluluskan‖ ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54; ―qazaf‖ ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang; ―rumah diluluskan‖ ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54; ―sumbang mahram‖ ertinya persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang mengahwini satu sama lain di bawah Hukum Syarak; ―takfir‖ ertinya menganggap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam; ―Wilayah Persekutuan‖ ertinya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; ―zina‖ ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah. (2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak. (3) Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 559 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next