Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997 s 31
Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997 s 31
s 31 Takfir
(1) Subject to subsection (2), any person who alleges or imputes by words, either spoken or written, or by sign or visible representation, or by any act, activity or conduct, or by organising, promoting or arranging any activity or otherwise in any manner, that any person professing the religion of Islam or person belonging to any group, class or description of persons professing the religion of Islam—
(a) is or are kafir;
(b) has or have ceased to profess the religion of Islam;
(c) should not be accepted, or cannot be accepted, as professing the religion of Islam; or
(d) does not or do not believe in, follow, profess, or belong to, the religion of Islam,
a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
(2) Subsection (1) shall not apply to—
(a) anything done by any Court or religious authority established, constituted or appointed by or under any written law and empowered to give or issue any ruling or decision on any matter relating to the religion of Islam; and
(b) anything done by any person pursuant to or in accordance with any ruling or decision given or issued by such Court or religious authority, whether or not such ruling or decision is in writing or, if in writing, whether or not it is published in the Gazette.
Malay text (authoritative)
Takfir
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang mengatakan atau mentohmahkan dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat atau gambaran tampak, atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau pelakuan, atau dengan menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apa-apa aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau perihalan orang yang menganut agama Islam—
(a) adalah kafir;
(b) tidak lagi menganut agama Islam;
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 21
(c) tidak sepatutnya diterima, atau tidak boleh diterima, sebagai menganuti agama Islam; atau
(d) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam, agama Islam,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi kuasa untuk membuat atau mengeluarkan apa-apa keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan
(b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa keputusan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa sedemikian, sama ada atau tidak keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika bertulis, sama ada atau tidak ia disiarkan dalam Warta.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).