My bookmarksSign up free
← Counsellors Act 1998

Counsellors Act 1998 s 2

Counsellors Act 1998 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “Board” means the Board of Counsellors established under section 11; “certificate of registration” means a certificate issued under subsection 26(2) and includes a duplicate certificate of registration issued under subsection 32(2); “certificate of temporary registration” means a certificate issued under subsection 27(4) and includes a duplicate certificate of temporary registration issued under subsection 32(2); “company” has the meaning assigned to it in the Companies Act 1965 [Act 125]; “Council” means the Malaysian Counsellors Advisory Council established under section 3; “counselling” means a systematic process of helping relationship based on psychological principles performed by a registered counsellor in accordance with the counselling code of ethics to achieve a voluntary favourable holistic change, development and adjustment of the client such that the change, development and adjustment will continue throughout the lifespan of the client; “counsellor” means a person who provides counselling services for a prescribed fee or any other consideration; “Disciplinary Committee” means the Disciplinary Committee established under paragraph 36(2)(b); “health professional” includes a medical practitioner, medical and clinical psychologist, nurse, midwife, medical assistant and any person involved in the giving of medical and health services under the jurisdiction of the Ministry of Health; “ higher educational institution” means any institution established under the University and University Colleges Act 1971 [Act 30], the *Universiti Teknologi MARA Act 1976 [Act 173] or the Private Higher Educational Institutions Act 1996 [Act 555]; “Investigation Committee” means the Investigation Committee established under paragraph 36(2)(a); “local authority” means a local authority established under the Local Government Act 1976 [Act 171]; “Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for social welfare; “practising certificate” means a practising certificate issued under subsection 27(4) or 28(3), as the case may be; “prescribed” means prescribed by regulations made under this Act; “President” means the President of the Board of Counsellors; “Register” means the Register of Counsellors kept and maintained under section 19; “registered counsellor” means a person registered under section 26 or 27; “Registrar” means the Registrar of Counsellors appointed under subsection 18(1); “society” means a society registered under the Societies Act 1966 [Act 335]. *NOTE—Previously known as “Institut Teknologi MARA Act 1976”—see the Institut Teknologi MARA (Amendment) Act 2000 [Act A1073].

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Daftar” ertinya Daftar Kaunselor yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 19; “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], *Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]; “Jawatankuasa Penyiasatan” ertinya Jawatankuasa Penyiasatan yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)(a); “Jawatankuasa Tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)(b); “kaunselor” ertinya seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fi yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain; “kaunselor berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27; “Lembaga” ertinya Lembaga Kaunselor yang ditubuhkan di bawah seksyen 11; “Majlis” ertinya Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Kaunselor yang dilantik di bawah subseksyen 18(1); “kaunseling” ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien; “perakuan amalan” ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) atau 28(3), mengikut mana-mana yang berkenaan; *CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Akta Institut Teknologi MARA 1976”–lihat Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 [Akta A1073]. “perakuan pendaftaran” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 26(2) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2); “perakuan pendaftaran sementara” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2); “pertubuhan” ertinya pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]; “pihak berkuasa tempatan” ertinya pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]; “Presiden” ertinya Presiden Lembaga Kaunselor; “profesional kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, ahli psikologi perubatan dan klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan dan mana-mana orang yang terlibat dalam memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan; “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 580 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next