(1) A person shall be registered as a counsellor if he satisfies the Board that he is a Malaysian citizen or a permanent resident of Malaysia, is not less than twenty-one years of age, is a fit and proper person to be registered as a counsellor and holds any of the qualifications specified in the Second Schedule.
(2) Where a person holds any qualification which is not specified in the Second Schedule but the Board is satisfied that such qualification is not less than any of or equivalent to the qualifications specified in that Schedule, the Board may approve the registration of such person as a counsellor if he satisfies the Board that he is a Malaysian citizen or a permanent resident of Malaysia, is not less than twenty-one years of age and is a fit and proper person to be registered as a counsellor.
(3) The Minister may, after consulting the Board, amend the Second Schedule by order published in the Gazette.
Malay text (authoritative)
Kelayakan pendaftaran
(1) Seseorang hendaklah didaftarkan sebagai kaunselor jika dia memuaskan hati Lembaga bahawa dia seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap Malaysia, berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun, ialah orang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai kaunselor dan memegang mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2) Jika seseorang memegang apa-apa kelayakan yang tidak dinyatakan dalam Jadual Kedua tetapi Lembaga berpuas hati bahawa
kelayakan itu adalah tidak kurang daripada atau yang bersamaan dengan kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual itu, Lembaga boleh meluluskan pendaftaran orang itu sebagai kaunselor jika dia memuaskan hati Lembaga bahawa dia seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap Malaysia, berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun dan ialah orang yang layak dan sesuai untuk didaftarkan sebagai kaunselor.
(3) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, meminda Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).