(1) Any person who is neither a Malaysian citizen nor a permanent resident of Malaysia who intends to practise as a counsellor in Malaysia may apply in the prescribed form for temporary registration.
(2) An application under subsection (1) shall be accompanied by an application for a practising certificate and the prescribed fee.
(3) On receipt of an application under subsection (1), the Board shall consider the application and may permit the applicant to be temporarily registered if the Board is satisfied that—
(a) he is registered or licensed as a counsellor, or is otherwise permitted by law to practise as a counsellor, in the country where he ordinarily practises as a counsellor;
(b) he possesses counselling expertise; and
(c) his physical presence is required in Malaysia for not less than one hundred and eighty days in one calender year for purposes of providing counselling services or he is a resident representative of the foreign component of a joint venture for such purposes.
(4) If the Board permits an applicant to be temporarily registered, it shall direct the Registrar to issue to the applicant a certificate of temporary registration and a practicing certificate.
(5) If the Board refuses to register the applicant, the Registrar shall immediately serve a notice of the Board’s refusal on the applicant.
(6) An applicant who is aggrieved by the refusal of the Board to register him may appeal in writing to the Minister within twentyone days from the date on which the notice of such refusal is served on him.
(7) The decision of the Minister shall be final.
(8) A certificate of temporary registration and a practising certificate issued under subsection (4) shall be valid for a period of twelve months from the date the certificates are issued.
(9) A certificate of temporary registration and a practising certificate issued under subsection (4) may be renewed on application being made to the Board in the prescribed form not less than thirty days before the date of expiry of the certificates.
(10) Every application made under subsection (9) shall be accompanied by the prescribed fee and such documents and information as may be required by the Board.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran sementara
(1) Mana-mana orang yang bukan warganegara Malaysia dan bukan juga pemastautin tetap Malaysia yang berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor di Malaysia boleh memohon dalam borang yang ditetapkan bagi pendaftaran sementara.
(2) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu permohonan bagi perakuan amalan dan fi yang ditetapkan.
(3) Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen
(1), Lembaga hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh membenarkan pemohon didaftarkan sementara jika Lembaga berpuas hati bahawa—
(a) dia didaftarkan atau dilesenkan sebagai kaunselor, atau selainnya dibenarkan oleh undang-undang untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor, dalam negara di mana dia biasanya menjalankan amalan sebagai kaunselor;
(b) dia memiliki kepakaran kaunseling; dan
(c) kehadiran fizikalnya dikehendaki di Malaysia selama tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar bagi maksud mengadakan perkhidmatan kaunseling atau dia ialah wakil pemastautin bagi komponen asing suatu usaha sama bagi maksud itu.
(4) Jika Lembaga membenarkan seseorang pemohon didaftarkan sementara, ia hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan pendaftaran sementara dan suatu perakuan amalan.
(5) Jika Lembaga enggan mendaftarkan pemohon, Pendaftar hendaklah dengan segera menyampaikan suatu notis mengenai keengganan Lembaga kepada pemohon.
(6) Seseorang pemohon yang terkilan dengan keengganan Lembaga untuk mendaftarkannya boleh merayu secara bertulis
kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang keengganan itu disampaikan kepadanya.
(7) Keputusan Menteri adalah muktamad.
(8) Sesuatu perakuan pendaftaran sementara dan sesuatu perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) hendaklah sah selama tempoh dua belas bulan dari tarikh perakuan itu dikeluarkan.
(9) Sesuatu perakuan pendaftaran sementara dan sesuatu perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) boleh dibaharui apabila permohonan dibuat kepada Lembaga dalam borang yang ditetapkan tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh perakuan itu habis tempoh.
(10) Tiap-tiap permohonan yang dibuat di bawah subseksyen
(9) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).