My bookmarksSign up free
← Counsellors Act 1998

Counsellors Act 1998 s 49

Counsellors Act 1998 s 49

s 49 Regulations

(1) The Minister, in consultation with the Board, may make regulations for all or any of the following purposes: (a) prescribing the manner of applying for certificates under this Act, the particulars to be supplied by an applicant, the manner of certification, the fees payable therefor, the conditions or restrictions to be imposed and the form or forms of certificates; (b) regulating the keeping of the Register and of accounts, records, reports and documents and prescribing the form and contents thereof; (c) prescribing the management of the property of the Board and the audit of its accounts; (d) prescribing the procedure for the election or appointment of members of the committees of the Council or the Board; (e) prescribing the requirements to be complied with by the Board for engaging a legal adviser and the remuneration to be paid to him; (f) prescribing the procedure for investigation into complaints and for disciplinary inquiries; (g) prescribing the procedure for appeals; (h) prescribing matters in respect of which fees and charges are to be payable under this Act or the regulations made under this Act, the amount of the fees, and the persons liable to pay them; (i) prescribing the forms to be used in making applications under this Act; and (j) any other matter which is required by this Act to be prescribed or specified or which is necessary or expedient to be prescribed or specified for carrying this Act into effect. (2) Regulations made under this Act may— (a) provide that any contravention of any of the provisions of the regulations shall be an offence; (b) provide for such offence to be punished with a fine not exceeding three thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both; (c) be made to operate retrospectively to a date not earlier than the date of coming into force of this Act. (3) Notwithstanding paragraph (2)(c), no person shall be made or shall become liable to any penalty in respect of any act done before the date the regulations are published in the Gazette.

Malay text (authoritative)

Peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) menetapkan cara untuk memohon perakuan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah diberikan oleh pemohon, cara pemerakuan, fi yang kena dibayar baginya, syarat atau sekatan yang akan dikenakan dan bentuk atau bentukbentuk perakuan; (b) mengawal selia penyimpanan Daftar dan akaun, rekod, laporan dan dokumen dan menetapkan bentuk dan kandungannya; (c) menetapkan pengurusan harta Lembaga dan pengauditan akaunnya; (d) menetapkan tatacara bagi pemilihan atau pelantikan anggota jawatankuasa Majlis atau Lembaga; (e) menetapkan kehendak-kehendak yang hendaklah dipatuhi oleh Lembaga bagi mengguna khidmat penasihat undangundang dan saraan yang hendaklah dibayar kepadanya; (f) menetapkan tatacara bagi penyiasatan aduan dan siasatan tatatertib; (g) menetapkan tatacara bagi rayuan; (h) menetapkan perkara-perkara yang berkenaan dengannya fi dan caj kena dibayar di bawah Akta ini atau peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, amaun fi, dan orang yang kena membayarnya; (i) menetapkan borang yang hendaklah digunakan dalam membuat permohonan di bawah Akta ini; dan (j) apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau dinyatakan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan atau dinyatakan untuk menguatkuasakan Akta ini. (2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh— (a) memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ialah suatu kesalahan; (b) mengadakan peruntukan bagi kesalahan sedemikian dihukum dengan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; (c) dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan ke suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini. (3) Walau apa pun perenggan (2)(c), tiada seorang pun boleh dikenakan atau bertanggungan atas apa-apa penalti berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan sebelum tarikh peraturan-peraturan itu disiarkan dalam Warta. J ADUAL PERTAMA [Subseksyen 13(3)] Mesyuarat 1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Presiden. (2) Notis bertulis sekurang-kurangnya empat belas hari hendaklah diberikan kepada anggota. (3) Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga dan semasa ketiadaannya anggota Lembaga hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. (4) Kuorum Lembaga ialah tujuh orang. (5) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi. (6) Jika atas suatu persoalan yang kena ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Presiden, atau jika Presiden tidak hadir, anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus. Elaun 2. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 3. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidaklah berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 4. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit yang dibuat tentang mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undangundang tanpa bukti selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Meterai perbadanan 5. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa peranti yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (2) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Presiden atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis dan hendaklah disahkan oleh Presiden atau pegawai yang diberi kuasa sedemikian. (3) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu, yang disahkan oleh salah seorang daripada orang yang dinyatakan dalam subperenggan (1), hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya. (4) Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki dimeterai boleh mengikut cara yang serupa disempurnakan oleh Lembaga; dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana anggota Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu. (5) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Pendedahan kepentingan 6. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam manamana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah mendedahkan fakta dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan pendedahan itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus padanya oleh Presiden, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran peruntukan-peruntukan perenggan 6 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan yang tidak menyentuh merit kes itu. Penggunaan wang 8. (1) Wang yang diterima oleh Lembaga sama ada daripada fi yang kena dibayar di bawah Akta ini atau sumber lain hendaklah digunakan oleh Lembaga— (a) pertama sekali untuk membiayai perbelanjaan pendaftaran dan perbelanjaan lain bagi pentadbiran Akta ini termasuklah apa-apa perbelanjaan Lembaga yang boleh dibenarkan di bawah Akta ini; dan (b) selepas itu bagi penggalakan dan pemajuan profesion kaunseling. (2) Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam apa-apa sekuriti amanah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Menteri. Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga 9. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan. Tatacara 10. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. J ADUAL KEDUA [Subseksyen 24(1)] SENARAI KELAYAKAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN Negara yang Nama institusi yang Perihal kelayakan memberikan kelayakan memberikan kelayakan Malaysia Universiti Malaya Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Kebangsaan Diploma Psikologi Malaysia (Kaunseling) Negara yang Nama institusi yang Perihal kelayakan memberikan kelayakan memberikan kelayakan Sarjana Sastera (Psikologi Kaunseling) Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Putra Sarjana Muda Malaysia Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Sarjana Sains Universiti Teknologi Sarjana Pendidikan Malaysia (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Islam Sarjana Pendidikan Antarabangsa (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Sains Sarjana Muda Malaysia Pendidikan dengan Kepujian Sarjana Pendidikan Doktor Falsafah (Pendidikan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 580 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next