s 29 Powers of road transport officers in investigation
(1) Every road transport officer making an investigation under this Act shall have the power to require information, whether orally or in writing, from any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case under investigation.
(2) Any person who, on being required by a road transport officer to give information under this section, refuses to comply with such request or furnishes as true any information which he knows or has reason to believe to be false, commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
(3) When any information provided to a road transport officer is proved to be untrue or incorrect in whole or in part, it shall be no defence to allege that the information or any part of the information was misinterpreted, or furnished inadvertently or without criminal or fraudulent intent.
Malay text (authoritative)
Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan
(1) Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini adalah mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes yang di bawah siasatan itu.
(2) Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan itu atau menyatakan sebagai benar apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3) Apabila apa-apa maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai pengangkutan jalan dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah boleh menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).