(1) Any of the following officers may compound any offence under this Act which is prescribed to be a compoundable offence by collecting from the person reasonably suspected of having committed the offence a sum of money not exceeding five hundred ringgit:
(a) a Chief Police Officer or any police officer not below the rank of Inspector specially authorized in writing by name or by office in that behalf by the Minister charged with the responsibility for the police;
(b) the Director General or any road transport officer, specially authorized in writing by name or by office in that behalf by the Director General; or
(c) the Commissioner of Tourism or any authorized officer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted.
(3) Where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer, or within such extended period as may be granted by the officer making the offer or any officer mentioned in the same paragraphs in subsection (1) as that officer, prosecution for the offence may be instituted at any time thereafter against the person to whom the offer was made.
(4) Where an offence has been compounded under subsection
(1), no prosecution shall thereafter be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk mengkompaun
(1) Mana-mana pegawai yang berikut boleh mengkompaun apaapa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan mengutip daripada orang yang dengan munasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit:
(a) Ketua Pegawai Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis;
(b) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah; atau
(c) Pesuruhjaya Pelancongan atau mana-mana pegawai diberi kuasa.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh pegawai yang membuat tawaran itu atau mana-mana pegawai yang disebut dalam perenggan yang sama dalam subseksyen (1) sebagaimana pegawai itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4) Apabila sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).