(1) Any person who is convicted of an offence under this Act for which no penalty is expressly provided shall be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and for a second or subsequent offence to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
(2) Any body corporate which is convicted of an offence under this Act for which no penalty is expressly provided shall be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit, and for a second or subsequent offence to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit.
(3) Any person who or body corporate which is convicted of an offence under this Act shall, in the case of a continuing offence, in addition to any fine provided under this Act, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit for each day or part of a day during which the offence continues after conviction.
Malay text (authoritative)
Penalti am
(1) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali kemudiannya boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali kemudiannya boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
(3) Mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan, dikenakan denda, sebagai tambahan kepada denda yang diperuntukkan di bawah Akta ini, tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).