(1) The Minister may make such regulations as may be necessary or expedient for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act.
(2) In particular and without prejudice to the generality of subsection (1), such regulations may—
(a) prescribe, in respect of goods or services of any description or of any class or classes of goods or services, a consumer information standard concerning any or all of the following matters:
(i) the disclosure of information relating to the kind, grade, quantity, origin, performance, care, composition, contents, design, construction, use, price, finish, packaging, promotion or supply of the goods or services; and
(ii) the form or manner in which the information is to be disclosed on or in relation to or in connection with the supply or resupply or promotion of the supply of the goods or services;
(b) prescribe any forms for the purposes of this Act;
(c) generally prescribe and provide for fees under this Act and the manner for collecting and disbursing such fees;
(d) prescribe the particulars required to be contained in receipts and the value of transactions for which receipts shall be required and for this purpose may prescribe different values for different transactions; and
(e) provide for any matter which under this Act is required or permitted to be prescribed or which are necessary or expedient to be prescribed to give effect to this Act.
(3) Any subsidiary legislation made under this Act may provide for any act or omission in contravention of the subsidiary legislation to be an offence and may provide for penalties of a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or of imprisonment for a term not exceeding three years, or both, and for a second or subsequent offence, of a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or of imprisonment for a term not exceeding six years, or both.
Malay text (authoritative)
Peraturan-peraturan
(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suaimanfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
(a) menetapkan, berkenaan dengan apa-apa jenis barang atau perkhidmatan atau apa apa kelas atau kelas-kelas barang atau perkhidmatan, suatu standard maklumat pengguna tentang mana-mana atau semua perkara yang berikut:
(i) pendedahan maklumat, yang berhubungan dengan jenis, gred, kuantiti, asal, pelaksanaan, pemeliharaan, komposisi, kandungan, reka bentuk, pembinaan, penggunaan, harga, kemasan, pembungkusan, penggalakan atau pembekalan barang atau perkhidmatan itu; dan
(ii) bentuk atau cara maklumat itu akan didedahkan apabila dibuat atau berhubung dengan atau berkaitan dengan pembekalan atau pembekalan semula atau penggalakan pembekalan barang atau perkhidmatan itu;
(b) menetapkan apa-apa borang bagi maksud Akta ini;
(c) secara umumnya menetapkan dan memperuntukkan fi di bawah Akta ini dan cara memungut dan membayar fi itu;
(d) menetapkan butir-butir yang dikehendaki terkandung dalam resit dan nilai urus niaga yang baginya resit dikehendaki dan bagi maksud ini boleh menetapkan nilai yang berlainan bagi urus niaga yang berlainan; dan
(e) memperuntukkan apa-apa perkara yang di bawah Akta ini dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi pelaksanaan Akta ini.
(3) Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar perundangan subsidiari itu menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam tahun, atau edua-duanya.
Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).