My bookmarksSign up free
← Consumer Protection Act 1999

Consumer Protection Act 1999 s 23

Consumer Protection Act 1999 s 23

s 23 Prohibition against unsafe goods and services

(1) The Minister may, on the recommendation of the Controller, by order published in the Gazette, declare any goods or any class of goods to be prohibited goods or any services or class of services to be prohibited services, where the goods or goods of that class or services or services of that class have caused or are likely to cause injury to any person or property or is otherwise unsafe. (2) An order made under subsection (1) may require the supplier, in such manner and within such period as may be specified in the order, and at the supplier’s own expense, to do any or all of the following: (a) recall the prohibited goods; (b) stop the supply of, or the offer to supply, the prohibited goods or prohibited services; (c) stop the advertisement of the prohibited goods or prohibited services; (d) disclose to the public any information relating to— (i) the characteristics of the prohibited goods or prohibited services which render them unsafe; (ii) the circumstances in which use of the prohibited goods or prohibited services are unsafe; (iii) any other matter relating to the prohibited goods or prohibited services or the use of the prohibited goods or prohibited services as may be specified; (e) repair or replace the prohibited goods or prohibited services; (f) refund to any person to whom the prohibited goods or prohibited services were supplied the price paid or the value of the consideration given for the prohibited goods or prohibited services or any lesser amount as may be reasonable having regard to the use that that person has had of the prohibited goods or prohibited services. (3) Where an order is made under subsection (1), the Controller shall, by notice to the supplier, require the supplier to take any or all of the actions referred to in the order. (4) A notice under subsection (3) need not be provided directly to the supplier and may be provided by general methods, including placing notices in the public news media, as the Controller thinks fit, provided that the notice is clear and reasonable. (5) The supplier shall comply with all the requirements of any order and notice made under this section. (6) Further and without prejudice to the foregoing, where an order under subsection (1) is in effect— (a) no person shall supply, or offer to or advertise for supply, any prohibited goods or prohibited services; and (b) no supplier shall— (i) where the notice identifies a defect in, or a dangerous characteristic of, the prohibited goods or prohibited services, supply goods or services of a kind to which the order relates which contain the defect or have the characteristic; or (ii) in any other case, supply goods or services of a kind to which the order relates.

Malay text (authoritative)

Larangan terhadap barang dan perkhidmatan yang tidak selamat

(1) Menteri boleh, atas syor Pengawal, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan apa-apa barang atau kelas barang sebagai barang larangan atau apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan sebagai perkhidmatan larangan, jika barang atau barang daripada kelas itu atau perkhidmatan atau perkhidmatan daripada kelas itu telah menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau harta atau selainnya tidak selamat. (2) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki pembekal, mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan dengan perbelanjaan pembekal itu sendiri, melakukan mana-mana atau kesemua yang berikut: (a) memanggil balik barang larangan itu; (b) berhenti membekalkan, atau menawarkan untuk membekalkan, barang larangan atau perkhidmatan larangan itu; (c) berhenti mengiklankan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu; (d) mendedahkan kepada orang ramai apa-apa maklumat yang berhubungan dengan— (i) ciri-ciri barang larangan atau perkhidmatan larangan yang menjadikannya tidak selamat; (ii) hal keadaan yang dalamnya penggunaan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu tidak selamat; (iii) apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu atau penggunaan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu sebagaimana yang dinyatakan; (e) membaiki atau menggantikan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu; (f) membayar balik harga yang telah dibayar kepada manamana orang yang kepadanya barang larangan atau perkhidmatan larangan itu telah dibekalkan atau nilai balasan yang diberikan bagi barang larangan atau perkhidmatan larangan itu atau apa-apa amaun yang kurang sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira penggunaan barang larangan atau perkhidmatan larangan itu oleh orang itu. (3) Jika perintah dibuat di bawah subseksyen (1), Pengawal hendaklah, melalui notis kepada pembekal, menghendaki pembekal supaya mengambil mana-mana atau semua tindakan yang disebut dalam perintah itu. (4) Suatu notis di bawah subseksyen (3) tidak perlu diberikan secara langsung kepada pembekal dan boleh diberikan secara umum, termasuk meletakkan notis dalam media berita umum, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengawal, dengan syarat bahawa notis itu jelas dan munasabah. (5) Pembekal hendaklah mematuhi semua kehendak dalam manamana perintah dan notis yang dibuat di bawah seksyen ini. (6) Selanjutnya dan tanpa menjejaskan yang di atas, jika suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa— (a) tiada seorang pun boleh membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan, apa-apa barang larangan atau perkhidmatan larangan; dan (b) tiada seorang pembekal pun boleh— (i) jika notis itu mengenal pasti suatu kecacatan pada, atau sesuatu ciri yang membahayakan bagi, barang larangan atau perkhidmatan larangan itu, membekalkan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang dengannya perintah itu berkaitan yang mengandungi kecacatan atau ciri itu; atau (ii) dalam apa-apa hal lain, membekalkan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang dengannya perintah itu berkaitan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 599 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next