Consumer Protection Act 1999 s 70
s 70 Application of other written law
(1) For the purposes of a claim under the Civil Law Act 1956, any damage for which a person is liable under section 68 shall be deemed to have been caused by the personβs wrongful act, neglect or default.
(2) Where the person who suffered the damage caused wholly or partly by a defect in a product dies after suffering the damage, the request to the supplier under subsection 68(3) may, for the purposes of a claim under the Civil Law Act 1956, be made by the personal representative or dependant, as the case may be, of the deceased person.
(3) Where any damage is caused partly by a defect in a product and partly by the fault of the person who suffered the damage, the Civil Law Act 1956 shall have effect as if the defect were the fault of every person liable under this Part for the damage caused by the defect.
(4) For the purposes of any written law conferring jurisdiction on any court with respect to any matter, liability for damage under this Part shall be treated as liability in tort.
(5) For the purposes of subsection (3), βfaultβ has the same meaning as in the Civil Law Act 1956.
Malay text (authoritative)
Pemakaian undang-undang bertulis lain
(1) Bagi maksud tuntutan di bawah Akta Undang-Undang Sivil 1956, apa-apa kerosakan yang baginya seseorang itu menanggung liabiliti di bawah seksyen 68 hendaklah disifatkan telah disebabkan oleh perbuatan, keabaian atau keingkaran salah orang itu.
(2) Jika orang yang menanggung kerosakan yang disebabkan pada keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran mati selepas menanggung kerosakan itu, permintaan kepada pembekal di bawah subseksyen 68(3) boleh, bagi maksud tuntutan di bawah Akta Undang-Undang Sivil 1956 dibuat oleh wakil diri atau
orang tanggungan orang yang mati itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Jika apa-apa kerosakan disebabkan pada sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran dan sebahagian lagi oleh kesalahan orang yang menanggung kerosakan itu, Akta Undang-Undang Sivil 1956 hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah kecacatan itu adalah kesalahan tiap-tiap orang yang menanggung liabiliti di bawah Bahagian ini bagi kerosakan yang disebabkan oleh kecacatan itu.
(4) Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang memberikan bidang kuasa pada mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara, liabiliti bagi kerosakan di bawah Bahagian ini hendaklah dianggap sebagai liabiliti dalam tort.
(5) Bagi maksud subseksyen (3), βkesalahanβ mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Read this section in the full act β Β· Open Part X β
Find Act 599 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).