My bookmarksSign up free
← Legitimacy Act 1961

Legitimacy Act 1961 s 5

Legitimacy Act 1961 s 5

s 5 Declarations of legitimacy of legitimated persons

(1) A person claiming that he or his parent or any remoter ancestor became or has become a legitimated person may, whether domiciled in Malaysia or elsewhere, apply by petition to the High Court praying the Court for a decree declaring that the petitioner is the legitimate child of his parents, or that his parent or remoter ancestor was legitimate; and the High Court shall have jurisdiction to hear and determine the application and to make a decree declaratory of the legitimacy or illegitimacy of that person as to the Court may seem just; and that decree shall be binding to all intents and purposes on all persons whomsoever. (2) Every petition under this section shall be accompanied by such affidavit verifying the facts alleged in the same, and by such proof of the absence of fraud or collusion, as the Court may by any general rule direct. (3) In all proceedings under this section the Court shall have full power to award and enforce payment of costs to any person cited, whether that person shall or shall not oppose the declaration applied for, in case the said Court shall deem it reasonable that the costs should be paid. (4) A copy of every petition under this section, and of the affidavit accompanying the same, shall, not less than one month before the filing thereof, be delivered to the Attorney General, who shall be a respondent upon the hearing of the petition and upon every subsequent proceeding relating thereto. (5) Where any application is made under this section to the Court, such person (if any) besides the Attorney General as the Court shall think fit shall, subject to the rules made under this section, be cited to see proceedings, or otherwise summoned in Laws of Malaysia A CT 60 such manner as the Court shall direct, and may be permitted to become parties to the proceedings, and oppose the application. (6) The decree of the Court shall not in any case prejudice any person— (a) if it is subsequently proved to have been obtained by fraud or collusion; or (b) unless that person has been cited or made a party to the proceedings or is the heir-at-law, next-of-kin, or other real or personal representative of, or derives title under or through, a person so cited or made a party. (7) No proceeding to be had under this section shall affect any final judgment or decree already pronounced or made by any Court of competent jurisdiction. (8) The Rules Committee may make rules for carrying the provisions of this section into effect.

Malay text (authoritative)

Perisytiharan kesahtarafan orang disahtarafkan

(1) Seseorang yang mendakwa bahawa dia atau ibu atau bapanya atau mana-mana leluhur jauhnya menjadi atau telah menjadi orang disahtarafkan boleh, sama ada dia berdomisil di Malaysia atau di tempat lain, memohon melalui petisyen kepada Mahkamah Tinggi meminta Mahkamah itu membuat suatu dekri yang mengisytiharkan bahawa pempetisyen itu anak sah taraf ibu bapanya, atau bahawa ibu atau bapanya atau leluhur jauhnya sah taraf; dan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan itu dan untuk membuat suatu dekri yang mengisytiharkan kesahtarafan atau ketidaksahtarafan orang itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah itu; dan dekri itu hendaklah, bagi segala tujuan dan maksud, mengikat semua orang, tidak kira siapa jua. (2) Tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini hendaklah disertakan dengan afidavit yang menentusahkan fakta yang dikatakan dalamnya, dan dengan apa-apa bukti tentang ketiadaan fraud atau pakatan sulit, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah melalui apa-apa kaedah am. (3) Dalam segala prosiding di bawah seksyen ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa penuh untuk mengaward dan menguatkuasakan pembayaran kos kepada mana-mana orang yang dipanggil, sama ada orang itu menentang atau tidak Undang-Undang Malaysia A KTA 60 menentang perisytiharan yang dipohon itu, sekiranya Mahkamah tersebut mendapati munasabah kos itu dibayar. (4) Satu salinan bagi tiap-tiap petisyen di bawah seksyen ini, dan bagi afidavit yang disertakan bersamanya, hendaklah, tidak kurang daripada satu bulan sebelum pemfailannya, diserahkan kepada Peguam Negara yang hendaklah menjadi responden dalam pendengaran petisyen itu dan dalam tiap-tiap prosiding kemudiannya berhubungan dengannya. (5) Jika apa-apa permohonan dibuat kepada Mahkamah di bawah seksyen ini, orang itu (jika ada) selain Peguam Negara, yang difikirkan patut oleh Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini, dipanggil untuk menghadiri prosiding atau selainnya disaman mengikut cara yang diarahkan oleh Mahkamah, dan boleh dibenarkan menjadi pihak kepada prosiding itu, dan menentang permohonan itu. (6) Dekri Mahkamah tidak boleh, bagaimanapun, memudaratkan mana-mana orang— (a) jika dibuktikan kemudiannya bahawa dekri itu telah didapati melalui fraud atau pakatan sulit; atau (b) melainkan jika orang itu telah dipanggil atau dijadikan pihak kepada prosiding itu atau waris di sisi undang-undang, waris kadim atau wakil harta tanah atau wakil diri yang lain kepada, atau mendapat hakmilik di bawah atau melalui, seseorang yang dipanggil atau dijadikan pihak sedemikian. (7) Tiada prosiding yang diadakan di bawah seksyen ini boleh menyentuh mana-mana penghakiman atau dekri muktamad yang telah diumumkan atau dibuat oleh mana-mana Mahkamah yang berbidang kuasa kompeten. (8) Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh membuat kaedahkaedah untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.

Read this section in the full act →

Find Act 60 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next