My bookmarksSign up free
← Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 43

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 43

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 43 Turun gaji

(1) Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut: (a) gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama; (b) penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji; dan (c) tempoh hukuman itu tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa. (2) Hukuman turun gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan. (3) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas hukuman itu tamat. (4) Seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.

Read this section in the full act →

Find Act 605 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next