My bookmarksSign up free
← Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 13

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 13

s 13 Duty of employer to register with the Corporation

(1) Every employer to whom this Act applies shall register with the Corporation within such time and in such manner as may be prescribed. (2) Any employer who contravenes subsection (1) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (3) Where any person ceases to be an employer under this Act, he shall within thirty days of such cessation notify the Corporation in such manner as may be prescribed. (4) Any person who contravenes subsection (3) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both. (5) The Corporation shall maintain a register of all employers registered under this Act, together with a record (including a computer print out) of any payments made. * NOTE—The Companies Act 1965 [Act 125] has been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777] w.e.f. 31 January 2017.

Malay text (authoritative)

Kewajipan majikan untuk mendaftar dengan Perbadanan

(1) Tiap-tiap majikan yang baginya Akta ini terpakai hendaklah mendaftar dengan Perbadanan dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan. (2) Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (3) Jika mana-mana orang terhenti menjadi seorang majikan di bawah Akta ini, dia hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari masa dia terhenti sedemikian, memberitahu Perbadanan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. * CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017. (5) Perbadanan hendaklah menyenggarakan suatu daftar kesemua majikan yang didaftarkan di bawah Akta ini, berserta dengan suatu rekod (termasuk cetakan komputer) apa-apa pembayaran yang dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 612 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next