My bookmarksSign up free
← Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 20

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 20

s 20 Qualifying conditions

(1) Subject to section 19, any employer who has been registered and paid the levy shall be eligible to receive any financial assistance or other benefit provided under this Act for the purpose of promoting the training and development of his employees, apprentices and trainees. (2) Subject to section 19, any subsidiary company of a registered employer which is liable to be registered under this Act but has not yet commenced its business operation shall be eligible to receive any financial assistance or other benefit provided under this Act for the purpose of promoting the training and development of his employees, apprentices and trainees. (3) If the employer ceases to be an employer under this Act, the employer shall not be eligible to receive any financial assistance or other benefit provided under this Act. (4) Where an employer has acquired the interests of another employer registered under subsection 13(1) or 15(1), the firstmentioned employer shall be substituted for that other employer and shall be eligible to receive or continue to receive any financial assistance or other benefit provided under this Act, as the case may be, in respect of the employees, apprentices and trainees of the employer whose interests have been acquired. (5) Any employer who is in receipt of, or eligible to receive, any financial assistance or other benefit provided under this Act shall be disqualified from receiving such financial assistance or other benefit if he is in default of any payment of the levy and such disqualification shall remain until such time that all outstanding payments and interest on such payments have been fully paid up. (6) Notwithstanding subsection (5), the Chief Executive shall have the discretionary power to allow financial assistance or other benefit in relation to any claim made by any training provider for any training conducted by the training provider for the employer mentioned in subsection (5) if the amount outstanding is in respect of the interest on the levy only. (6a) Notwithstanding subsections (5) and (6), the Board may, upon a written application to the Corporation by any employer mentioned in subsection (5), allow any financial assistance or other benefit to be given to the employer, subject to such terms and conditions as may be determined by the Board. (7) Any training provider shall be eligible to receive any financial assistance or other benefit provided under this Act for the purpose of promoting the development of human resources upon such terms and conditions as the Corporation shall determine. (8) Any employers’ association which in the opinion of the Corporation may contribute to the development of human resources of its members shall be eligible to receive any financial assistance or other benefit provided under this Act for the purpose of promoting the development of human resources upon such terms and conditions as the Corporation shall determine.

Malay text (authoritative)

Syarat kelayakan

(1) Tertakluk kepada seksyen 19, mana-mana majikan yang telah didaftarkan dan membayar levi hendaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatihnya. (2) Tertakluk kepada seksyen 19, mana-mana anak syarikat majikan berdaftar yang kena didaftarkan di bawah Akta ini tetapi belum memulakan penjalanan perniagaannya hendaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatihnya. (3) Jika majikan itu terhenti daripada menjadi majikan di bawah Akta ini, majikan itu tidaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini. (4) Jika seseorang majikan telah memperoleh kepentingan seorang majikan lain yang didaftarkan di bawah subseksyen 13(1) atau 15(1), majikan yang mula-mula disebut itu hendaklah menggantikan majikan yang lain itu dan adalah layak untuk menerima atau untuk terus menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pekerja, perantis dan pelatih majikan yang kepentingannya telah diperoleh. (5) Mana-mana majikan yang sedang menerima, atau yang layak untuk menerima, apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah hilang kelayakannya untuk menerima bantuan kewangan atau faedah lain itu jika dia ingkar membuat apa-apa pembayaran levi dan kehilangan kelayakan itu hendaklah kekal sehingga kesemua bayaran yang belum dijelaskan dan faedah atas bayaran itu telah dibayar sepenuhnya. (6) Walau apa pun subseksyen (5), Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa budi bicara untuk memberikan bantuan kewangan atau faedah lain berhubung dengan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana penyedia latihan bagi apa-apa latihan yang dijalankan oleh penyedia latihan itu bagi majikan yang disebut dalam subseksyen (5) jika jumlah yang belum dibayar adalah berkenaan dengan faedah atas levi sahaja. (6a) Walau apa pun subseksyen (5) dan (6), Lembaga boleh, atas permohonan bertulis kepada Perbadanan oleh mana-mana majikan yang disebut dalam subseksyen (5), membenarkan apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain diberi kepada majikan itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga. (7) Mana-mana penyedia latihan adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (8) Mana-mana persatuan majikan yang pada pendapat Perbadanan boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia anggotanya adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 612 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next