(1) In addition to the provisions contained in the Memorandum and Articles of Association of the Corporation, the Investment Panel may, from time to time, invest the Fund or any part of the Fund not being monies immediately required for meeting the Fund’s obligations and expenses—
(a) in investments or securities authorized for the investment of trust funds under any written law for the time being in force;
(b) in shares and debentures in any public company the prices of which are quoted on a stock exchange established in Malaysia; or
(c) in such other investments or securities as the Investment Panel may decide.
(2) Any investment made under this Act may be varied, transposed or realized from time to time.
(3) The Minister may, at any time, direct the vacation in part or in whole, or prohibit investment in any security or class of securities.
(4) The Investment Panel shall report to the Board of the status of its investment whenever the Board requests the Investment Panel to do so.
(5) For the purposes of this section—
“debenture” includes stock, bonds, notes or any other securities or obligations of a company, whether constituting a charge on the assets of the company or not, and also includes the right to subscribe for any debenture;
“share” means the paid-up shares (whether fully paid or not) in the share capital of a company and includes stock and right to subscribe for any stock or share.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk melabur
(1) Sebagai tambahan kepada peruntukan yang terkandung dalam Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan, Panel Pelaburan boleh, dari semasa ke semasa, melaburkan Kumpulan Wang atau mana-mana bahagian Kumpulan Wang yang tidak merupakan wang yang dikehendaki dengan serta-merta bagi memenuhi kewajipan dan perbelanjaan Kumpulan Wang—
(a) dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa;
(b) dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang harga bagi syer dan debentur itu disebut di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; atau
(c) dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Panel Pelaburan.
(2) Apa-apa pelaburan yang dibuat di bawah Akta ini boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.
(3) Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan pembatalan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan dalam mana-mana sekuriti atau kelas sekuriti.
(4) Panel Pelaburan hendaklah melaporkan status pelaburannya kepada Lembaga apabila Lembaga meminta Panel Pelaburan berbuat demikian.
(5) Bagi maksud seksyen ini—
“debentur” termasuk saham, bon, nota atau apa-apa sekuriti atau obligasi lain syarikat, sama ada yang membentuk suatu gadaian ke atas aset syarikat ataupun tidak, dan juga termasuk hak untuk memohon beli apa-apa debentur;
“syer” ertinya syer berbayar (sama ada dibayar sepenuhnya ataupun tidak dibayar sepenuhnya) dalam modal syer syarikat dan termasuk saham dan hak untuk memohon beli apa-apa saham atau syer.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).