My bookmarksSign up free
← Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 39

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 39

s 39 Compounding of offences

(1) The Officer in Charge may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence, except an offence under section 40 or 41, committed by any person under this Act or any regulations made under this Act and prescribed by the Minister to be a compoundable offence by regulations made under this Act by making a written offer to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Officer in Charge of an amount of money not exceeding fifty percent of the amount of maximum fine for that offence within the time specified in the offer. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Officer in Charge may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (3) If an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made and any thing seized in connection with the offence may be released or forfeited by the Officer in Charge, subject to such terms and conditions as he thinks fit. (4) All sums of money received by the Officer in Charge under this section shall be paid into and form part of the Federal Consolidated Fund.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Pegawai Penjaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan, kecuali kesalahan di bawah seksyen 40 atau 41, yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pegawai Penjaga suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pegawai Penjaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pegawai Penjaga tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pegawai Penjaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 612 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next