My bookmarksSign up free
← Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 5

Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 s 5

s 5 Powers of the Corporation

Without prejudice to its powers as prescribed in its Memorandum and Articles of Association, the Corporation shall have power to do all things expedient or necessary for, or incidental to, the carrying out of its functions, and in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing provisions— (a) to collect and recover or cause to be collected and recovered all moneys due to the Fund; (b) to establish guidelines for the processing of applications to the Fund for financial assistance; * NOTE—The Companies Act 1965 [Act 125] has been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777] w.e.f. 31 January 2017. (c) to determine the terms and conditions for the making of grants or loans from the Fund, including the amounts that may be approved in respect of each application; (d) to determine the proportion of monies of the Fund which should be used for grants or for loans, including the proportion that should be provided in the form of a grant or by way of a loan in respect of each approved application; (e) to organize, establish, upgrade and maintain, or to assist in the organization, establishment, upgrading and maintenance of, training facilities; (f) to organize and supervise, or to assist in the organization and supervision of, the implementation of training courses, projects and programmes; (g) to examine any records, accounts and any other document relating to the grant, loan or any other benefit granted under this Act to any employer to ensure the grant, loan or other benefit is utilized for the purpose it is granted; (h) to obtain any information from employers to ascertain whether they are required to register under this Act; (i) to employ and pay agents, advocates and solicitors, bankers, stockbrokers or any other persons to transact any business or do any act required to be transacted or done in the exercise of its powers or in the carrying out of its duties or for the better carrying into effect of the purposes of this Act; (j) to grant loans or make advances to its officers and servants from the Fund for such purposes as may be approved by the Minister and on such terms and conditions as the Corporation shall determine; (k) to grant loans or make grants from the Fund on such terms and conditions as the Corporation shall determine to any training provider who in the opinion of the Corporation is able to contribute to the development of human resources; (l) to grant loans or make grants from the Fund on such terms and conditions as the Corporation shall determine to any employers’ association to be used for the development of human resources of its members; (m) to prescribe procedures to be followed in matters relating to finance and accounts of the Fund; and (n) to do such other thing as may be expedient or necessary for the efficient management and administration of the Corporation and the Fund.

Malay text (authoritative)

Kuasa Perbadanan

Tanpa menjejaskan kuasa Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Artikel Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi, atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang disebut terdahulu— (a) memungut dan mendapatkan atau menyebabkan supaya dipungut dan didapatkan semua wang yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang; (b) mengadakan garis panduan bagi pemprosesan permohonan kepada Kumpulan Wang untuk mendapatkan bantuan kewangan; (c) menentukan terma dan syarat bagi pembuatan pemberian atau pinjaman daripada Kumpulan Wang, termasuk amaun yang boleh diluluskan berkenaan dengan setiap permohonan; (d) menentukan kadar wang daripada Kumpulan Wang yang boleh digunakan bagi pemberian atau bagi pinjaman, termasuk kadar yang boleh diberikan dalam bentuk pemberian atau sebagai pinjaman berkenaan dengan setiap permohonan yang diluluskan; (e) m e n g u r u s k a n , m e w u j u d k a n , m e n i n g k a t k a n d a n menyenggarakan, atau membantu dalam pengurusan, pewujudan, peningkatan dan penyenggaraan kemudahan latihan; (f) menguruskan dan menyelia, atau membantu dalam pengurusan dan penyeliaan, pelaksanaan kursus, projek dan program latihan; (g) memeriksa apa-apa rekod, akaun dan apa-apa dokumen lain berhubung dengan pemberian, pinjaman atau apa-apa faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana majikan untuk memastikan pemberian, pinjaman atau faedah lain itu digunakan bagi maksud ia diberikan; (h) mendapatkan apa-apa maklumat daripada majikan untuk memastikan sama ada mereka dikehendaki supaya mendaftar di bawah Akta ini; (i) mengambil kerja dan membayar ejen, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kuasanya atau dalam menjalankan kewajipannya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud-maksud Akta ini; (j) memberikan pinjaman atau membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya daripada Kumpulan Wang bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan; (k) memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana penyedia latihan yang pada pendapat Perbadanan dapat menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia; (l) memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana persatuan majikan untuk digunakan bagi pembangunan sumber manusia anggotanya; (m) menetapkan tatacara untuk diikuti dalam perkara yang berhubungan dengan kewangan dan akaun Kumpulan Wang; dan (n) melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi pengurusan dan pentadbiran cekap Perbadanan dan Kumpulan Wang.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 612 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next