Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 21
s 21 Obligations of supervisory or licensing authority
(1) The relevant supervisory authority of a reporting institution or such other person as the relevant supervisory authority may deem fit may—
(a) adopt the necessary measures to prevent or avoid having any person who is unsuitable from controlling, or participating, directly or indirectly, in the directorship, management or operation of the reporting institution;
(b) examine and supervise reporting institutions, and regulate and verify, through regular examinations, that a reporting institution adopts and implements the compliance programmes in section 19;
(c) issue guidelines to assist reporting institutions in detecting suspicious patterns of behaviour in their clients and these guidelines shall be developed taking into account modern and secure techniques of money management and will serve as an educational tool for reporting institutions’ personnel; and
(d) co-operate with other enforcement agencies and lend technical assistance in any investigation, prosecution or proceedings relating to any unlawful activity or offence under this Act.
(2) The licensing authority of a reporting institution may, upon the recommendation of the competent authority, revoke or suspend the reporting institution’s licence if it has been convicted of an offence under this Act.
(3) The relevant supervisory authority shall report promptly to the competent authority any information received from any reporting institutions relating to transactions or activities that could be related to any unlawful activity or offence under this Act.
Malay text (authoritative)
Obligasi pihak berkuasa pengawasan atau pelesenan
(1) Pihak berkuasa pengawasan yang berkenaan bagi sesuatu institusi pelapor atau seseorang lain yang dianggap sesuai oleh pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan itu boleh—
(a) mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah atau mengelak mana-mana orang yang tidak sesuai daripada mengawal, atau menyertai, secara langsung atau tidak langsung, dalam lembaga pengarah, pengurusan atau pengendalian institusi pelapor itu;
(b) memeriksa dan mengawas institusi-institusi pelapor, dan mengawal selia dan menentusahkan, melalui pemeriksaan kerap, bahawa sesuatu institusi pelapor itu menerima pakai dan melaksanakan rancangan pematuhan dalam seksyen 19;
(c) mengeluarkan garis panduan untuk membantu institusi pelapor dalam mengesan corak tabiat yang mencurigakan pada klien mereka dan garis panduan itu hendaklah dibangunkan dengan mengambil kira teknik pengurusan wang yang moden dan selamat dan akan bertindak sebagai suatu alat pendidikan bagi pekerja institusi pelapor; dan
(d) bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dan memberikan bantuan teknikal dalam mana-mana penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berhubung dengan mana-mana aktiviti haram atau kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Pihak berkuasa pelesenan bagi sesuatu institusi pelapor boleh, atas syor pihak berkuasa berwibawa, membatalkan atau menggantung lesen institusi pelapor itu jika institusi pelapor itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(3) Pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan hendaklah melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa berwibawa apaapa maklumat yang diterima daripada mana-mana institusi pelapor berhubung dengan transaksi atau aktiviti yang mungkin ada hubungan dengan mana-mana aktiviti haram atau kesalahan di bawah Akta ini.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).