My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 92

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 92

s 92 Power of competent authority to compound offences

(1) The competent authority or relevant enforcement agency, as the case may be, may, with the consent of the Public Prosecutor, compound any offence under this Act or under regulations made under this Act, by accepting from the person reasonably suspected of having committed the offence such amount not exceeding fifty per centum of the amount of the maximum fine for that offence, including the daily fine, if any, in the case of a continuing offence, to which that person would have been liable if he had been convicted of the offence, within such time as may be specified in its written offer. (2) Any money paid to the competent authority or relevant enforcement agency pursuant to subsection (1) shall be paid into and form part of the Federal Consolidated Fund. (3) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, and where the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer, or such extended time as the competent authority or relevant enforcement agency may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (4) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.

Malay text (authoritative)

Kuasa pihak berkuasa berwibawa untuk mengkompaun kesalahan

(1) Pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya. (2) Apa-apa wang yang dibayar kepada pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. (3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa yang berkaitan itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next