My bookmarksSign up free
← Companies Commission of Malaysia Act 2001

Companies Commission of Malaysia Act 2001 s 27B

Companies Commission of Malaysia Act 2001 s 27B

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 27B Kuasa untuk menghendaki maklumat

(1) Pendaftar boleh membuat perintah bertulis di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu— (a) mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; atau (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. (2) Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu— (a) untuk memberi Pendaftar apa-apa maklumat itu; (b) untuk mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; (c) untuk membuat salinan apa-apa dokumen itu dan untuk mengemukakan salinan itu kepada Pendaftar; (d) jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; (e) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berwibawa daripada pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; atau (f) jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik. (3) Seseorang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah— (a) memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar; dan (b) memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuklah suatu representasi bahawa dia tidak mengetahui tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. (4) Seseorang yang tidak mematuhi perintah Pendaftar di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act →

Find Act 614 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next