Audit Act 1957 s 6
s 6 Nature of audit
The Auditor General shall in his audit make such examination as he may deem necessary to ascertain—
(a) whether all reasonable precautions have been taken to safeguard the collection and custody of public moneys or other moneys subject to his audit;
(b) whether issues and payments of moneys subject to his audit were made in accordance with proper authority and payments were properly chargeable and are supported by sufficient vouchers or proof of payment;
(ba) whether due care has been taken to account for and to ensure proper use, control, maintenance and disposal of all public stores or other stores subject to his audit;
(c) whether all accounts and other records have been and are properly and faithfully maintained;
(d) whether in his opinion moneys have been applied to the purposes for which they were appropriated or authorized and the activities related to such purposes were carried out or managed in an
Audit
efficient manner with due regard for economy and the avoidance of waste or extravagance; and
(e) whether the provisions of the Federal Constitution and of the Financial Procedure Act 1957, and any other written law relating to moneys or stores subject to his audit have been in all respects complied with.
Malay text (authoritative)
Corak pengauditan
Ketua Audit Negara hendaklah dalam pengauditannya membuat apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu untuk menentukan—
(a) sama ada segala langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil untuk melindungi pemungutan dan penjagaan wang awam atau wang lain yang tertakluk kepada pengauditannya;
(b) sama ada pengeluaran dan pembayaran wang yang tertakluk kepada pengauditannya telah dibuat mengikut kuasa yang sepatutnya dan pembayaran telah dipertanggungkan dengan sepatutnya dan adalah disokong dengan baucar atau bukti pembayaran yang cukup;
(ba) sama ada perhatian yang sewajarnya telah diambil untuk memberikan penjelasan mengenai, dan untuk memastikan penggunaan, pengawalan, penyenggaraan dan pelupusan yang sepatutnya, segala simpanan awam atau simpanan lain yang tertakluk kepada pengauditannya;
(c) sama ada segala akaun dan rekod lain telah dan sedang disenggarakan dengan sepatutnya dan tepat;
(d) sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud wang itu diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengan maksud itu telah dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap dengan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap keekonomian dan pengelakan pembaziran atau keborosan; dan
(e) sama ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957, dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan wang atau simpanan yang tertakluk kepada pengauditannya telah dipatuhi dari segala aspek.
Read this section in the full act →
Find Act 62 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 December 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).