My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 1972

Sales Tax Act 1972 s 12A

Sales Tax Act 1972 s 12A

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 12A Direction to treat persons as a single taxable person

(1) Notwithstanding sections 12 and 13, where the Director General is satisfied that any separation of business activities is artificial, he may make a direction under this section directing that the persons named in that direction shall be treated as a single taxable person carrying on the activities of the business described in that direction and that single taxable person shall not continue to carry on the activities of such business unless he is licensed within twenty-one days from the date the direction is served on the last such persons of from such later date as may be specified in that direction. (2) For the purposes of subsection (1), in determining whether any separation of business activities is artificial, regard shall be had to the extent to which the different persons carrying on those business activities are closely bound to one another by financial, economic and organizational links. (3) The Director General may make a direction under this section naming any person if the Director General is satisfied— (a) that the person is manufacturing or has manufactured taxable goods; (b) that the activities in the course of which the person manufactures or has manufactured those taxable goods form only part of certain activities in the business and that the other activities in that business (whether or not they are similar to the activities carried on by that person) are being carried on concurrently or previously, or both, by one or more other persons; and (c) that if all taxable goods manufactured in that business were taken into account, the person carrying on that business would, at the time of such direction, be required to be licensed by virtue of section 13. (4) Any direction made under this section shall be served on each of the persons named in it. (5) Where, after a direction has been given under this section specifying a description of the business, it appears to the Director General that any person who has not been named in that direction is manufacturing taxable goods in the course of activities which should be regarded as part of the activities of the business, the Director General may make and serve on that person a supplementary direction referring to the earlier direction and the description of business specified in it, and adding that person’s name to those of the persons named in the earlier direction with effect from— (a) the date on which that person began to manufacture the taxable goods; or (b) if the date of the earlier direction was later than the date mentioned in paragraph (a), the date with effect from which the single taxable person referred to in the earlier direction is licensed under subsection (1). (6) Where, immediately before any direction (including a supplementary direction) is made under this section, any person named in the direction is licensed in respect of taxable goods manufactured by him as mentioned in subsection (3) or (5), his licence shall be revoked by the Director General with effect from— (a) the date the single taxable person is licensed under subsection (1); or (b) such later date as may be specified in that direction, and upon the revocation of his licence he together with all the persons named in the direction shall be treated as a single taxable person under this section. (7) In relation to a business specified in a direction under this section, the persons named in such direction together with any person named in a supplementary direction relating to that business (being the persons who together are to be treated as a single taxable person) are in subsections (8) and (9) referred to as “the constituent members”. (8) Where any direction is made under this section, then for the purposes of this Act— (a) the single taxable person carrying on the business specified in the direction shall be licensed in such name as the persons named in the direction may jointly nominate by notice in writing given to the Director General not later than fourteen days after the date the direction is served on the last of such persons or, in default of such a nomination, in such name as may be specified in the direction; (b) any taxable goods manufactured by one of the constituent members in the course of the activities of the single taxable person shall be treated as being taxable goods manufactured by the single taxable person; (c) each of the constituent members shall be jointly and severally liable for any sales tax payable by the single taxable person; (d) without prejudice to paragraph (c), any failure by the single taxable person to comply with any requirement imposed by or under this Act shall be treated as a failure by each of the constituent members severally; and (e) subject to paragraphs (a) to (d), the constituent members shall be treated as a partnership carrying on the business of the single taxable person and any question as to the scope of the activities of that business at any time shall be determined accordingly. (9) Where it appears to the Director General that any person who is one of the constituent members should no longer be regarded as such for the purposes of paragraphs (8)(c) and (d) and the Director General gives notice to that effect, that person shall not have any liability by virtue of those paragraphs for anything done after the date specified in that notice and accordingly on that date he shall be treated as having ceased to be a member of the partnership referred to in paragraph (8)(e).

Malay text (authoritative)

Arahan untuk menganggap orang sebagai orang kena cukai tunggal

(1) Walau apa pun seksyen 12 dan 13, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, dia boleh membuat suatu arahan di bawah seksyen ini yang mengarahkan bahawa orang yang dinamakan dalam arahan itu hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan itu dan orang kena cukai tunggal itu tidak boleh terus menjalankan aktiviti perniagaan itu melainkan jika dia dilesenkan dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh arahan itu disampaikan kepada yang terakhir daripada kalangan orang itu atau dari tarikh yang terkemudian sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam arahan itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada mana-mana pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat manakah orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi. (3) Ketua Pengarah boleh membuat arahan di bawah seksyen ini yang menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati— (a) bahawa orang itu mengilang atau telah mengilang barangbarang kena cukai; (b) bahawa aktiviti yang dalam perjalanannya orang itu mengilang atau telah mengilang barang-barang kena cukai itu menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu (sama ada atau tidak aktiviti itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu) sedang dijalankan serentak atau sebelumnya, atau kedua-duanya, oleh seorang orang lain atau lebih; dan (c) bahawa jika semua barang-barang kena cukai yang dikilangkan dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu, dikehendaki supaya dilesenkan oleh sebab seksyen 13. (4) Mana-mana arahan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalam arahan itu. (5) Jika, selepas suatu arahan telah diberikan di bawah seksyen ini yang menyatakan perihal perniagaan itu, tampak pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu sedang mengilang barang-barang kena cukai dalam perjalanan aktiviti yang patut dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan yang merujuk kepada arahan yang sebelumnya dan perihal perniagaan yang dinyatakan dalamnya, dan menambahkan nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan yang sebelumnya mulai dari— (a) tarikh orang itu mula mengilang barang-barang kena cukai itu; atau (b) jika tarikh arahan sebelumnya adalah lebih kemudian daripada tarikh yang disebut dalam perenggan (a), tarikh yang mulai darinya orang kena cukai tunggal yang disebut dalam arahan sebelumnya itu dilesenkan di bawah subseksyen (1). (6) Jika, sebaik sebelum mana-mana arahan (termasuk arahan tambahan) dibuat di bawah seksyen ini, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan itu dilesenkan berkenaan dengan barangbarang kena cukai yang dikilangkan olehnya sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (3) atau (5), lesennya hendaklah dibatalkan oleh Ketua Pengarah mulai dari— (a) tarikh orang kena cukai tunggal itu dilesenkan di bawah subseksyen (1); atau (b) apa-apa tarikh yang lebih kemudian sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam arahan itu, dan apabila lesennya dibatalkan dia bersama dengan semua orang yang dinamakan dalam arahan itu hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal di bawah seksyen ini. (7) Berhubung dengan sesuatu perniagaan yang dinyatakan dalam sesuatu arahan di bawah seksyen ini, orang yang dinamakan dalam arahan itu bersama dengan mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu arahan tambahan yang berhubungan dengan perniagaan itu (sebagai orang yang bersama-sama dianggap sebagai orang kena cukai tunggal) adalah dalam subseksyen (8) dan (9) disebut sebagai “anggota konstituen”. (8) Jika apa-apa arahan dibuat di bawah seksyen ini, maka bagi maksud Akta ini— (a) orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah dilesenkan dengan nama yang dinamakan oleh orang dalam arahan itu secara bersesama melalui notis bertulis yang diberikan kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu disampaikan kepada yang terakhir daripada kalangan orang itu atau, jika penamaan itu tidak dibuat, dengan nama sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam arahan itu; (b) mana-mana barang kena cukai yang dikilangkan oleh salah seorang daripada anggota konstituen dalam perjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal itu hendaklah dianggap sebagai barang-barang kena cukai yang dikilangkan oleh orang kena cukai tunggal itu; (c) setiap anggota konstituen hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai jualan yang kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal itu; (d) tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal itu untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah dianggap sebagai kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan (e) tertakluk kepada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dianggap sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal itu dan apa-apa persoalan tentang ruang lingkup aktiviti perniagaan itu pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya. (9) Jika tampak pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang anggota konstituen tidak patut lagi dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (8)(c) dan (d) dan Ketua Pengarah memberikan notis yang bermaksud sedemikian, orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan oleh sebab subseksyen itu bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan dengan yang demikian pada tarikh itu dia hendaklah dianggap sebagai telah berhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (8)(e).

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 64 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next