My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 1972

Sales Tax Act 1972 s 13

Sales Tax Act 1972 s 13

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 13 Application for licence, issue, etc.

(1) Every person who manufactures taxable goods in the course of business shall apply to the senior officer of sales tax in the prescribed form to be licensed as a licensed manufacturer, and subject to section 14, no person shall manufacture taxable goods in the course of business unless such person is in possession of a licence issued under subsection (3). (2) (Deleted by Act 337). (3) Subject to subsection (4), and to being satisfied that a licence is required in the terms of paragraph 12(a) and subsection (1) of this section, the Director General shall issue a licence in the prescribed form. (4) Before any licence is granted under this section, or where a licence has been granted under this section, the Director General may require the person applying for the licence, or the licensed manufacturer, as the case may be, to give such security for the due compliance by that person with the provisions of this Act and generally for the protection of the revenue as the Director General thinks fit; and where the Director General is at any time dissatisfied with any security given, he may require a new security in lieu thereof, or in addition thereto; and in default of such new security being given the Director General may suspend any licence previously granted. During any such suspension the holder of any licence granted shall be deemed to be unlicensed. (5) Any person licensed as a manufacturer shall carry on business only at the place or places specified in the licence issued under subsection (3).

Malay text (authoritative)

Permohonan untuk lesen, pengeluaran dsb.

(1) Tiap-tiap orang yang mengilang barang-barang kena cukai dalam perjalanan urusan hendaklah memohon kepada pegawai kanan cukai jualan dalam borang yang ditetapkan supaya diberikan lesen sebagai pengilang berlesen; dan tertakluk kepada seksyen 14 tiada seorang pun boleh mengilang barang kena cukai dalam perjalanan urusan melainkan jika orang itu memiliki lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3). (2) (Dipotong oleh Akta 337). (3) Tertakluk kepada subseksyen (4), dan dengan syarat Ketua Pengarah berpuas hati bahawa lesen dikehendaki mengikut perenggan 12(a) dan subseksyen (1) seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu lesen dalam bentuk yang ditetapkan. (4) Sebelum sesuatu lesen diberikan di bawah seksyen ini, atau jika suatu lesen telah diberikan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang yang memohon lesen itu, atau pengilang berlesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberikan suatu cagaran yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah bagi menjamin bahawa orang itu akan mematuhi peruntukan Akta ini dengan sewajarnya dan amnya untuk memberi perlindungan kepada hasil; dan jika Ketua Pengarah tidak berpuas hati pada bila-bila masa dengan apa-apa cagaran yang diberikan, dia boleh menghendaki suatu cagaran baru sebagai gantinya atau sebagai tambahan kepadanya; dan jika cagaran baru itu tidak diberikan Ketua Pengarah boleh menggantung mana-mana lesen yang telah diberikan dahulu. Dalam masa penggantungan itu pemegang sesuatu lesen yang telah diberikan hendaklah disifatkan sebagai tidak berlesen. (5) Seseorang yang dilesenkan sebagai pengilang hendaklah menjalankan urusan hanya di tempat atau tempat-tempat yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3).

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 64 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next