This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 20 Assessment of tax on goods sold or manufactured
(1) Any return furnished under section 19 may be accepted by the proper officer as sufficient proof of the matters therein contained, and sales tax may be assessed by the proper officer accordingly.
(2) If the proper officer has reason to believe that the amount of sales tax shown in a return made by any taxable person under section 19 as payable on any goods is less than the amount payable under this Act, he may assess the sales tax at such greater amount as he deems fit and a notice in writing of such amount shall be served on such person.
(3) If the proper officer has reason to believe that sales tax is payable on any goods under paragraph 6(a) by any person who has not made a return in respect thereof, he may assess the sales tax at such amount as he deems fit and a notice in writing of such amount shall be served on such person.
Malay text (authoritative)
Pentaksiran cukai atas barang-barang yang dijual atau yang dikilang
(1) Sesuatu penyata yang diberikan di bawah seksyen 19 boleh diterima oleh pegawai yang hak sebagai bukti yang cukup mengenai perkara yang terkandung di dalamnya dan cukai jualan boleh ditaksirkan oleh pegawai yang hak dengan sewajarnya.
(2) Jika pegawai yang hak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa jumlah cukai jualan yang ditunjukkan dalam suatu penyata yang dibuat oleh seseorang kena cukai di bawah seksyen 19 sebagaimana yang kena dibayar atas apa-apa barang adalah kurang daripada jumlah yang kena dibayar di bawah Akta ini maka dia boleh mentaksirkan cukai jualan itu mengikut apa-apa amaun yang lebih besar sebagaimana yang difikirkannya patut dan suatu notis bertulis mengenai amaun itu hendaklah disampaikan kepada orang itu.
(3) Jika pegawai yang hak ada sebab untuk mempercayai bahawa cukai jualan kena dibayar atas apa-apa barang di bawah perenggan 6(a) oleh sesiapa yang belum membuat suatu penyata berkenaan dengannya, dia boleh mentaksirkan cukai jualan itu mengikut apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkannya patut dan suatu notis bertulis mengenai amaun itu hendaklah disampaikan kepada orang itu.
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).