My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 1972

Sales Tax Act 1972 s 22

Sales Tax Act 1972 s 22

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 22 When taxes become due and payable

(1) The sales tax chargeable under paragraph 6(a) shall be due at the time the taxable goods are sold, disposed of otherwise than by sale or first used otherwise than as material in the manufacture of taxable goods, by the taxable person. (2) Any sales tax chargeable under paragraph 6(a) which falls due during any taxable period shall be payable within twenty-eight days from the expiration of that taxable period. (3) Any sales tax chargeable under paragraph 6(b) shall be due and payable— (a) in the case of goods cleared for home consumption directly at the port of importation, or goods entered for removal to an inland station, and there cleared for home consumption, at the time of final Customs clearance; (b) in the case of goods removed to a customs warehouse or a licensed warehouse subsequent to importation, at the time of final clearance from such warehouse for home consumption. (4) Where any taxable person who ceases to carry on business as a manufacturer is succeeded in such business by a person who— (a) purchases from him any stock of taxable goods which is on hand at the date of cessation, or (b) acquires such stock as a trustee, or receiver, or liquidator or donee, or beneficiary on the decease of such taxable person, no sales tax shall be due on such purchase or acquisition, but such person shall be deemed to be a taxable person and required to be licensed under section 13 in relation to such goods for the purposes of this Act. (5) Where any taxable person who ceases to carry on business as a manufacturer has in stock any taxable goods on which sales tax has not been paid and where subsection (4) does not apply, such person shall include particulars of those goods in the return to be furnished by him for his last taxable period as if such goods had been sold by him during such taxable period, and he shall pay sales tax thereon accordingly.

Malay text (authoritative)

Bila cukai terhutang dan kena dibayar

(1) Cukai jualan yang boleh dikenakan di bawah perenggan 6(a) adalah terhutang pada masa barang-barang kena cukai itu dijual, dilupuskan dengan apa-apa cara selain jualan atau mula-mula digunakan selain sebagai bahan dalam pengilangan barang-barang kena cukai, oleh orang kena cukai. (2) Sesuatu cukai jualan yang boleh dikenakan di bawah perenggan 6(a) yang terhutang dalam sesuatu tempoh cukai hendaklah dibayar dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas tamat tempoh cukai itu. (3) Sesuatu cukai jualan yang boleh dikenakan di bawah perenggan 6(b) adalah terhutang dan kena dibayar— (a) berkenaan dengan barang-barang yang diluluskan secara terus di pelabuhan import untuk kegunaan dalam negeri atau berkenaan dengan barang-barang yang masuk untuk dipindahkan ke suatu tempat di darat dan di sana diluluskan untuk kegunaan dalam negeri, pada masa kelulusan muktamad Kastam; (b) berkenaan dengan barang-barang yang dipindahkan ke gudang Kastam atau gudang berlesen selepas diimport, pada masa kelulusan muktamad dari gudang itu untuk kegunaan dalam negeri. (4) Jika seseorang kena cukai yang berhenti menjalankan urusan sebagai pengilang digantikan dalam urusan itu oleh seorang yang— (a) membeli daripadanya apa-apa stok barang-barang kena cukai yang ada dalam tangan pada tarikh pemberhentian; atau (b) memperoleh stok itu sebagai pemegang amanah, atau penerima, atau pelikuidasi atau penerima pemberian, atau penerima faedah atas kematian orang kena cukai itu, tiada cukai jualan kena dibayar atas pembelian atau pemerolehan itu, tetapi orang itu hendaklah disifatkan sebagai seorang kena cukai dan dikehendaki dilesenkan di bawah seksyen 13 berhubung dengan barang-barang itu bagi maksud Akta ini. (5) Jika seseorang kena cukai yang berhenti menjalankan urusan sebagai pengilang ada dalam stok apa-apa barang kena cukai yang atasnya cukai jualan belum dibayar dan jika subseksyen (4) tidak terpakai, orang itu hendaklah memasukkan butir-butir mengenai barang-barang itu dalam penyata yang hendak diberikan olehnya bagi tempoh cukainya yang terakhir seolah-olah barang-barang itu telah dijual olehnya dalam masa tempoh cukai itu, dan dia hendaklah membayar cukai jualan atasnya dengan sewajarnya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 64 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next