This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 27A Recovery of sales tax, etc., from persons leaving Malaysia
(1) Where the Director General has reason to believe that any person is about or is likely to leave Malaysia without paying—
(a) any sales tax payable by him;
(b) any penalty payable by him under section 24;
(c) any surcharge payable by him under subsection 30(1B); or
(d) any other moneys recoverable from him under this Act,
he may issue to any Director of Immigration a certificate containing particulars of the sales tax, penalty, surcharge or other moneys so payable with a request that such person be prevented from leaving Malaysia unless and until he pays the sales tax, penalty, surcharge or other moneys so payable, or furnishes security to the satisfaction of the Director General for their payment.
(2) Subject to any order issued or made under any written law for the time being in force relating to banishment or immigration, any Director of Immigration who receives a request under subsection (1) in respect of a person shall exercise all measures which may include the removal and retention of any certificate of identity, passport, exit permit or other travel documents in relation to that person as may be necessary to give effect to the request.
(3) The Director General shall cause a notice of the issue of a certificate under subsection (1) to be served personally or by registered post on the person to whom the certificate relates:
Provided that the non-receipt of the notice by that person shall not invalidate anything done under this section.
(4) Where the person in respect of whom a certificate has been issued under subsection (1) produces on or after the date of the certificate a written statement signed by the Director General stating that all the sales tax, penalty, surcharge or other moneys specified in the certificate have been paid, or that security has been furnished for its payment, that statement shall be sufficient authority for allowing that person to leave Malaysia.
(5) No legal proceedings shall be instituted or maintained against the Government, a State Government or any other public officer in respect of anything lawfully done under this section.
(6) In this section, “Director of Immigration” means any Director of Immigration appointed under subsection 3(1A) of the Immigration Act 1959/1963 [Act 155].
Malay text (authoritative)
Mendapatkan cukai jualan, dll., daripada orang yang meninggalkan Malaysia
(1) Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan meninggalkan Malaysia tanpa membayar—
(a) apa-apa cukai jualan yang kena dibayar olehnya;
(b) apa-apa penalti yang kena dibayar olehnya di bawah seksyen 24;
(c) apa-apa surcaj yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 30(1B); atau
(d) apa-apa wang lain yang boleh didapatkan daipadanya di bawah Akta ini,
dia boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai cukai jualan, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar sedemikian dengan suatu permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar cukai jualan, penalti, surcaj atau wang lain yang kena dibayar sedemikian, atau memberikan cagaran yang memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.
(2) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan buang negeri atau imigresen, mana-mana Pengarah Imigresen yang menerima suatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk pengambilan dan penyimpanan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu.
(3) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan ke diri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang kepadanya perakuan itu berkaitan:
Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang itu tidak boleh menidaksahkan apa-apa yang dibuat di bawah seksyen ini.
(4) Jika orang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan pada atau selepas tarikh perakuan itu suatu pernyataan bertulis yang
ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua cukai jualan, penalti, surcaj atau wang lain yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar, atau bahawa cagaran telah diberikan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang cukup bagi membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia.
(5) Tiada apa-apa prosiding undang-undang boleh dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan, sesuatu Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dibuat dengan sah di bawah seksyen ini.
(6) Dalam seksyen ini, “Pengarah Imigresen” ertinya mana-mana Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah subseksyen 3(1A) Akta Imigresen 1959/1963 [Akta 155].
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).