My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 1972

Sales Tax Act 1972 s 30

Sales Tax Act 1972 s 30

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 30 Payment of sales tax, etc., short paid or erroneously refunded and payments by instalments

(1) Where— (a) the whole or any part of any sales tax, penalty or other moneys payable under this Act has not been paid; or (b) the whole or any part of any sales tax, penalty or other moneys after having been paid, has been erroneously refunded, then, provided a demand is made within three years from the date on which the sales tax, penalty or other moneys were payable, or deficient sales tax, penalty or other moneys were paid, or the refund was made, as the case may be, the person— (aa) liable to pay— (i) the sales tax, penalty or other moneys; or (ii) the deficient sales tax, penalty or other moneys; or (bb) to whom the refund was erroneously made, shall pay the sales tax, penalty or other moneys, or the deficient sales tax, penalty or other moneys, or repay the refund erroneously paid to him. (1AA) Without prejudice to subsection (1), any goods belonging to the person referred to in subsection (1) which may be in Excise or Customs control or at a place or places specified in the licence issued under section 13 may be seized until the sales tax, penalty or other moneys, or the deficient sales tax, penalty or other moneys, are paid, or the refund erroneously paid to him is repaid. (1A) The Director General may allow the sales tax or penalty referred to in subsection (1) to be paid by instalments, under such circumstances as may be prescribed by regulations made under this Act, in such amounts and on such dates as he may determine; and where the amount of sales tax is allowed to be paid by instalments under this subsection, paragraph 24(b) shall not be applicable to such amount as from the date the Director General allows such payment by instalments. (1B) If there is a default in payment of any one instalment under subsection (1A) on its due date for payment of the balance of amount payable then the whole outstanding balance shall become due and payable on that date and shall, without any further notice being served on the person liable to pay the amount due, be subject to a surcharge equal to ten per cent of that balance and the surcharge shall be recoverable as if it were due and payable under this Act. (1C) Nothing in subsections (1A) and (1B) shall prejudice the exercise of the rights and power under this section by the Director General to seize or sell any goods belonging to the person liable to pay such sales tax, penalty or other moneys for recovery of the amount payable under subsections (1) and (1B) or any outstanding balance thereof. (2) Should the sales tax, penalty or other moneys or deficiency, or the refund to be repaid remain unpaid, as the case may be, the Director General may after giving not less than 30 days’ notice in writing to the owner or his agent (if the name and address of such owner or agent is known to him) or after due notice in the Gazette (if the name and address of such owner or agent is not known to him) sell such goods. (3) The proceeds of the sale of any such goods shall be applied to the payment of the sales tax, penalty and other moneys or recovery of the amount due or other charges which may be due in respect of selling off such goods, and the surplus if any, shall be paid to the owner of such goods and if the owner cannot be found within one month of the sale, such surplus shall be paid to the Consolidated Fund. (4) If at the sale of any such goods no sufficient bid is forthcoming to defray the sales tax, penalty or any other moneys payable or deficient sales tax, penalty or other moneys payable or the refund erroneously paid, as the case may be, the goods shall be forfeited to the Government and shall be disposed of in such manner as the Director General may direct. (5) Every auction sales shall under this section be conducted by or in the presence of a senior officer of sales tax.

Malay text (authoritative)

Pembayaran cukai jualan, dll., yang terkurang dibayar atau yang tersilap dipulangkan balik dan bayaran secara ansuran

(1) Jika— (a) keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana cukai jualan, penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini belum dibayar; atau (b) keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana cukai jualan, penalti atau wang lain setelah dibayar telah tersilap dipulangkan balik, dengan syarat bahawa suatu tuntutan dibuat dalam masa tiga tahun dari tarikh cukai jualan, penalti atau wang lain itu kena dibayar, atau cukai jualan, penalti atau wang lain yang terkurang dibayar itu telah dibayar, atau bayaran balik itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang— (aa) yang bertanggungan membayar— (i) cukai jualan,penalti atau wang lain itu; atau (ii) cukai jualan, penalti atau wang lain yang terkurang dibayar itu; atau (bb) yang kepadanya pulangan balik itu telah tersilap dibuat, hendaklah membayar cukai jualan, penalti atau wang lain, atau cukai jualan, penalti atau wang lain yang terkurang dibayar, atau membayar balik pulangan balik yang telah tersilap dibayar kepadanya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (1AA) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), apa-apa barang kepunyaan orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang mungkin berada dalam kawalan Eksais atau Kastam atau di suatu tempat atau tempat-tempat yang dinyatakan dalam lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 13 boleh disita sehingga cukai jualan, penalti atau wang lain, atau cukai jualan, penalti atau wang lain yang terkurang dibayar itu, telah dibayar, atau pulangan balik yang tersilap dibayar kepadanya itu dibayar balik. (1A) Ketua Pengarah boleh membenarkan cukai jualan atau penalti yang disebut di dalam subseksyen (1) dibayar dengan ansuran, dalam hal keadaan yang ditetapkan melalui peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dalam amaun dan pada tarikh yang boleh ditentukan olehnya; dan jika amaun cukai jualan itu dibenarkan dibayar secara ansuran di bawah subseksyen ini, perenggan 24(b) tidaklah terpakai bagi amaun itu mulai dari tarikh Ketua Pengarah membenarkan pembayaran dengan ansuran itu. (1B) Jika berlaku kegagalan membayar mana-mana satu ansuran di bawah subseksyen (1A) pada tarikh genap masanya untuk bayaran baki amaun yang kena dibayar maka kesemua amaun yang tertunggak hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang kena dibayar itu, dikenakan surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki itu dan surcaj itu hendaklah boleh didapatkan kembali seolaholah ia genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini. (1C) Tiada apa-apa dalam subseksyen (1A) dan (1B) boleh menjejaskan penjalanan hak dan kuasa di bawah seksyen ini oleh Ketua Pengarah untuk menyita atau menjual mana-mana barangbarang kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar cukai jualan, penalti atau wang lain bagi mendapatkan amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan (1B) atau mana-mana baki mengenainya. (2) Sekiranya cukai jualan, penalti atau wang lain atau kekurangan, atau pemulangan balik itu yang patut dibayar balik masih belum dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh selepas memberikan tidak kurang daripada 30 hari notis bertulis kepada pemunya atau ejennya (jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu diketahui olehnya) atau selepas notis sepatutnya dalam Warta (jika nama dan alamat pemunya atau ejen tidak diketahui olehnya) menjualkan barang itu. (3) Hasil daripada jualan mana-mana barang itu hendaklah digunakan untuk membayar cukai jualan, penalti dan wang lain atau mendapatkan amaun yang kena dibayar atau bayaran lain yang mungkin kena dibayar berkenaan dengan penjualan barang itu, dan lebihannya jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya barang itu dan jika pemunya tidak dapat dikesan dalam tempoh satu bulan dari penjualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan. (4) Jika semasa penjualan mana-mana barang itu tiada apa-apa tawaran yang mencukupi didapatkan untuk membayar cukai jualan, penalti atau wang lain yang kena dibayar atau cukai jualan, penalti atau wang lain terkurang dibayar yang kena dibayar atau pulangan balik yang telah tersilap dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka barang-barang itu terlucut hak kepada Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. (5) Tiap-tiap penjualan lelong di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan oleh atau di hadapan seorang pegawai kanan cukai jualan.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 64 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next