My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 1972

Sales Tax Act 1972 s 42

Sales Tax Act 1972 s 42

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 42 Powers of arrest

(1) Any officer of sales tax may arrest without warrant— (a) any person found committing or attempting to commit, or employing or aiding any person to commit, or abetting the commission of, an offence against this Act; (b) any person whom he may reasonably suspect to have in his possession any goods liable to seizure under this Act; (c) any person whom he may reasonably suspect to have committed an offence against this Act, and such officer of sales tax may search or cause to be searched any person so arrested: Provided that— (a) any person who requests that his person be searched in the presence of a senior officer of sales tax shall not be searched except in the presence of and under the supervision of such officer, but such person may be detained until the arrival of such officer, or taken to any office or police station where such officer may be found; (b) the goods and baggage of any person who requests to be present when they are searched and so presents himself within a reasonable time shall not be searched except in his presence; (c) no female shall be searched except by another female with strict regard to decency. (2) Every person arrested under this section shall be taken to a police station or detained in the custody of the proper officer. (3) If any person liable to arrest under this Act is not arrested at the time of committing the offence for which he is so liable, or after arrest makes his escape, he may at any time thereafter be arrested and dealt with as if he had been arrested at the time of committing such offence. (4) Any senior officer of sales tax may cause to be taken photographs and finger and thumb impressions of any person charged with an offence against this Act. (5) Every person so arrested may be released from custody— (a) on his depositing such reasonable sum of money as the proper officer may require; (b) on his executing a bond with such surety or sureties, as the proper officer may require; or (c) on his depositing such reasonable sum of money as the proper officer may require and his executing a bond, with such surety or sureties, as the proper officer may require. (6) Any person who has been released from custody under subsection (5) may be arrested without warrant by any officer of sales tax— (a) if such officer has reasonable grounds for believing that any condition on or subject to which such person was released or otherwise admitted to bail has been or is likely to be breached; or (b) on being notified in writing by the surety of such person that such person is likely to breach any condition on or subject to which such person was released and that the surety wishes to be relieved of his obligation as surety.

Malay text (authoritative)

Kuasa menangkap

(1) Mana-mana pegawai cukai jualan boleh menangkap tanpa waran— (a) mana-mana orang yang dijumpai melakukan atau cuba melakukan atau menggunakan atau membantu mana-mana orang untuk melakukan, atau bersubahat melakukan, sesuatu kesalahan terhadap Akta ini; (b) mana-mana orang yang boleh disyaki dengan munasabah olehnya sebagai ada dalam miliknya apa-apa barang yang boleh disita di bawah Akta ini; (c) mana-mana orang yang boleh disyaki dengan munasabah olehnya telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan pegawai cukai jualan itu boleh memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang ditangkap sedemikian: Dengan syarat bahawa— (a) mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa di hadapan pegawai kanan cukai jualan tidak boleh diperiksa kecuali di hadapan dan di bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga pegawai itu tiba, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis di mana pegawai itu boleh dijumpai; (b) barang-barang dan bagasi kepunyaan mana-mana orang yang meminta hendak hadir apabila barang-barang dan bagasinya itu diperiksa dan dengan yang demikian menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali di hadapannya; (c) tiada seorang pun perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira kehendak kesopanan. (2) Tiap-tiap orang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah dibawa ke balai polis atau ditahan dalam jagaan pegawai yang hak. (3) Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa melakukan kesalahan yang kerananya dia boleh ditangkap itu, atau selepas ditangkap dia lepas lari, dia boleh ditangkap pada bila-bila masa kemudiannya dan tindakan boleh diambil ke atasnya seolah-olah dia telah ditangkap pada masa melakukan kesalahan itu. (4) Mana-mana pegawai kanan cukai jualan boleh menyebabkan supaya gambar foto dan cap ibu jari orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini diambil. (5) Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan— (a) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai yang hak; (b) apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan seorang penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai yang hak; atau (c) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan seorang penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai yang hak. (6) Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (5) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai cukai jualan— (a) jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar; atau (b) apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu mungkin melanggar mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu hendak dibebaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 64 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next