My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 1972

Sales Tax Act 1972 s 43A

Sales Tax Act 1972 s 43A

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 43A Evasion of sales tax

(1) Any person who wilfully with intent to evade or to assist any other person to evade sales tax— (a) omits from a return made under this Act or any regulations made under this Act any information in relation to any matter affecting the amount of his or the other person’s chargeability to sales tax; (b) makes any false statement or entry in any return, claim or application made under this Act or any regulations made under this Act; (c) gives any false answer, whether verbally or in writing, to any question or request for information asked or made in pursuance of this Act or any regulations made under this Act; (d) prepares, maintains or authorizes the preparation or maintenance of any false book of accounts, false invoices or other false records, or falsifies or authorizes the falsification of any book of accounts, invoices or records; or (e) makes use or authorizes the use of any fraud, art or contrivance, shall be guilty of an offence against this Act and such person shall be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (2) Where in any proceedings under this section it is proved that a false statement or false entry (whether by omission or otherwise) has been made in a return, claim or application furnished under this Act or any regulations made under this Act by or on behalf of any person, or in any books of accounts, invoices or other records maintained by or on behalf of any person, that person shall be presumed, until the contrary is proved, to have made that false statement or entry with intent to evade sales tax. (3) A reference in this section to a person who makes use of any fraud, art or contrivance, or authorizes the use of any fraud, art or contrivance to evade sales tax includes a reference to a person who, without the authority of the Director General— (a) destroys, damages, erases or otherwise manipulates the data stored in, or used in connection with, a computer; (b) introduces into or records or stores in a computer, by any means, data for the purpose of— (i) destroying, damaging, erasing or altering other data stored in that computer; or (ii) interfering with, interrupting or obstructing the lawful use of that computer, or the data stored in that computer; or (c) otherwise uses a computer, the purpose or effect of which is to evade sales tax. (4) For the purposes of subsection (3), “data” includes any computer program or part of a computer program being a program approved by the Director General for use under section 17A or 18, or any regulations made under this Act.

Malay text (authoritative)

Lari cukai jualan

(1) Mana-mana orang yang dengan sengaja, bertujuan hendak lari cukai jualan atau menolong mana-mana orang lain untuk lari cukai jualan— (a) meninggalkan daripada suatu penyata yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang menyentuh amaun yang boleh dikenakan ke atasnya atau orang lain itu sebagai cukai jualan; (b) membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam manamana penyata, tuntutan atau permohonan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (c) memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara lisan atau bertulis, kepada apa-apa soalan atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang ditanyakan atau dibuat menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (d) menyediakan, menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan mana-mana buku akaun, invois atau rekod; atau (e) menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa tipuan, helah atau rekaan, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan orang itu boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Jika dalam mana-mana prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu pernyataan palsu atau catatan palsu (sama ada secara peninggalan atau selainnya) telah dibuat dalam suatu penyata, tuntutan atau permohonan yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang, atau dalam mana-mana buku akaun, invois atau rekod lain yang disenggarakan oleh atau bagi pihak manamana orang, orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan tujuan untuk lari cukai jualan. (3) Sesuatu sebutan dalam seksyen ini tentang seseorang yang menggunakan apa-apa tipuan, helah atau rekaan, atau membenarkan penggunaan apa-apa tipuan, helah atau rekaan untuk lari cukai jualan termasuk sebutan tentang seseorang yang, tanpa kebenaran Ketua Pengarah— (a) memusnahkan, merosakkan, memadamkan atau dengan cara lain memanipulasikan data yang disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; (b) memasukkan ke dalam atau merakamkan atau menyimpan dalam suatu komputer, dengan apa-apa cara, data bagi maksud— (i) memusnahkan, merosakkan, memadamkan atau mengubah data lain yang disimpan dalam komputer itu; atau (ii) mengganggu dengan, menyampuk atau menghalang penggunaan sah komputer itu, atau data yang disimpan dalam komputer itu; atau (c) dengan cara lain menggunakan komputer, yang tujuan atau akibatnya ialah untuk lari cukai jualan. (4) Bagi maksud subseksyen (3), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada suatu program komputer yang merupakan suatu program yang diluluskan oleh Ketua Pengarah untuk digunakan di bawah seksyen 17A atau 18, atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 64 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next