My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 1972

Sales Tax Act 1972 s 52

Sales Tax Act 1972 s 52

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 52 Protection of informers from discovery

(1) Except as hereinafter provided, no witness in any civil or criminal proceedings under this Act shall be obliged or permitted to disclose the name or address of an informer, or the substance of the information received from him, or state any matter which might lead to his discovery. (2) Subject to subsection (3), if any books, documents or papers, which are produced in evidence or liable to inspection in any civil or criminal proceeding under this Act, contain any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all such passages to be concealed from view or to be obliterated, but only to the extent necessary to protect the informer from discovery. (3) If on trial for any offence under this Act, the court, after full enquiry into the case, believes, that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew to be false or did not believe to be true, or if in any other proceeding the court is of opinion that justice cannot fully be done between the parties thereto without the discovery of the informer, it shall be lawful for the court to require the production of the original complaint, if in writing, and permit enquiry and require full disclosure concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada seorang saksi dalam sesuatu prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini diwajibkan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat seseorang pemberi maklumat, atau isi maklumat yang diterima daripadanya, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui. (2) Tertakluk kepada subseksyen (3), jika mana-mana buku, dokumen atau kertas, yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang mungkin kena diperiksa dalam sesuatu prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini, mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya seorang pemberi maklumat disebut namanya atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah hendaklah mengarahkan semua bahagiannya itu ditutup daripada pandangan atau dipadamkan, tetapi hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah, selepas menjalankan siasatan penuh berkenaan dengan kes itu, percaya bahawa pemberi maklumat itu telah dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu kenyataan yang dia ketahui palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam sesuatu prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalamnya tanpa diketahui pemberi maklumat itu, maka sahlah bagi mahkamah menghendaki supaya dikemukakan pengaduan asal itu, jika bertulis, dan membenarkan supaya dijalankan siasatan berkenaan dengan pemberi maklumat itu dan menghendaki supaya didedahkan dengan sepenuhnya segala hal mengenainya.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 64 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next