My bookmarksSign up free
← Malaysian Pepper Board Act 2006

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 2

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act; “member” means a member of the Board and includes an alternate member; “pepper planting material” means any material or part of the plant used for multiplication or reproduction and includes pepper cuttings, pepper seedlings and plant from pepper tissues; “pepper berries” means the fruit of pepper or any part thereof and includes the immature fruit which is commonly known as green pepper berries, the dried and usually immature fruit which is otherwise commonly known as black pepper, the dried mature fruit when the outer coating or the pericarp has been removed which is otherwise commonly known as white pepper, and processed pepper berries; “research findings” means any result or output from research and development activities, and includes new or improved products, inventions, innovations and improvements in any process, technique, apparatus or machine; “appointed day” means the day on which this Act, or if different dates are appointed for the coming into operation of different provisions of this Act, the day on which Part VIII comes into operation; “pepper industry” means any activity which involves the planting of pepper, doing research on pepper, marketing, processing, manufacturing and production of pepper and pepper products and derivatives of pepper and any industry or services related thereto; “analyst” means an analyst appointed under section 54; “conveyance” means any vehicle, vessel, ship, aircraft or any other mode of transport whether by air, sea or land; “pepper product” means any product manufactured or derived directly or indirectly from pepper; “Director General” means the Director General of the Board appointed under section 19; “Fund” means the Malaysian Pepper Board Fund established under section 23; “pepper” means the plant species of the Piper nigrum Linnaeus, pepper berries or any part thereof, and includes hybrids of this species, hybrids resulting from crossing this species or hybrids with any other species or hybrids of plants and genetically engineered versions of this species or hybrids; “sea” includes inland waters; “Board” means the Malaysian Pepper Board established under section 3; “processing” in relation to pepper means the cleaning of pepper to remove chaff, mouldy or rotten berries, stalks, spikes or other pickings or dust, gravel, filth, mould or other extraneous matter and the performance of any one or more of the activities involved in drying, mixing, blending, milling or crushing and extracting of pepper; but shall not include such activities done at farm level by any pepper farmer to improve the marketability of the pepper from the farm owned by the farmer himself; “authorized officer” means— (a) an officer of the Board authorized under section 34; (b) a police officer not below the rank of Inspector; or (c) an officer of the Royal Customs and Excise Department Malaysia; “single purchaser” includes a case where more than one purchaser purchase jointly and are jointly and severally liable for the purchase price; “Chairman” means the Chairman of the Board appointed under section 6; “selling in bulk” in relation to pepper means selling a quantity weighing not less than five hundred kilogrammes on any one occasion to any single purchaser; “spice” means any part of any aromatic plant in whatever form and extracts thereof which are commonly used to impart flavour or aroma in food and non-food items.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “anggota” ertinya seorang anggota Lembaga dan termasuklah anggota silih ganti; “bahan tanaman lada” ertinya apa-apa bahan atau bahagian daripada tumbuhan yang digunakan bagi penggandaan atau pembiakan dan termasuklah keratan lada, anak benih lada dan tumbuhan daripada tisu lada; “beri lada” ertinya buah lada atau mana-mana bahagian daripadanya dan termasuklah buah yang belum matang yang biasanya dikenali sebagai beri lada hijau, buah kering dan biasanya belum matang yang selainnya biasa dikenali sebagai lada hitam, buah kering yang matang apabila lapisan luarnya atau perikarpanya telah dibuang yang selainnya biasa dikenali sebagai lada putih, dan beri lada yang diproses; “dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil atau output daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan, dan termasuklah keluaran baru atau keluaran lebih baik, rekaan, inovasi dan kemajuan dalam apa-apa proses, teknik, alat atau mesin; “hari ditetapkan” ertinya hari Akta ini, atau jika tarikh yang berlainan ditetapkan untuk permulaan kuat kuasa bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, hari Bahagian VIII mula berkuat kuasa; “industri lada” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan penanaman lada, membuat penyelidikan tentang lada, pemasaran, pemprosesan, pengilangan dan pengeluaran lada dan keluaran lada dan bahan terbitan lada dan apa-apa industri atau perkhidmatan yang berhubungan dengannya; “juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 54; “kenderaan” ertinya apa-apa kereta, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat; “keluaran lada” ertinya apa-apa keluaran yang diperbuat atau diterbitkan secara langsung atau tidak daripada lada; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 19; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Lada Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 23; “lada” ertinya spesies tumbuhan Piper nigrum Linnaeus, beri lada atau apa-apa bahagian daripadanya, dan termasuklah kacukan spesies ini, kacukan yang terhasil daripada pengacukan spesies atau kacukan ini dengan apa-apa spesies atau kacukan tumbuhan lain dan bentuk spesies atau kacukan ini yang dihasilkan daripada kejuruteraan genetik; “laut” termasuklah perairan pedalaman; “Lembaga” ertinya Lembaga Lada Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “memproses” berhubung dengan lada ertinya pembersihan lada untuk membuang beri yang bersekam, berkulat atau busuk, batang, duri atau sisa atau debu lain, batu kelikir, kotoran, kulapuk atau bahan luar yang lain dan pembuatan mana-mana satu atau lebih aktiviti yang melibatkan pengeringan, pencampuran, pengadunan, pengisaran atau penghancuran dan pengekstrakan lada; tetapi tidak termasuk aktiviti yang dilakukan di peringkat kebun oleh mana-mana pekebun lada untuk memajukan pemasaran lada dari kebun yang dimiliki oleh pekebun itu sendiri; “pegawai diberi kuasa” ertinya— (a) seseorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 34; (b) seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor; atau (c) seseorang pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia; “pembeli tunggal” termasuklah keadaan apabila lebih daripada seorang pembeli membeli secara bersesama dan bertanggungan secara bersesama dan berasingan kepada harga belian itu; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 6; “penjualan secara pukal” berhubung dengan beri lada ertinya menjual suatu kuantiti yang beratnya tidak kurang daripada lima ratus kilogram pada mana-mana satu keadaan kepada mana-mana pembeli tunggal; “rempah” ertinya apa-apa bahagian daripada apa-apa tumbuhan beraroma dalam apa jua bentuk dan ekstrak daripadanya yang biasanya digunakan untuk memberikan rasa atau aroma dalam makanan dan bahan bukan makanan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 656 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next