My bookmarksSign up free
← Malaysian Pepper Board Act 2006

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 23

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 23

s 23 The Fund

(1) For the purposes of this Act, a fund to be known as the “Malaysian Pepper Board Fund”, is established. (2) The Fund shall be controlled, maintained and operated by the Board. (3) The Fund shall consist of— (a) such sums as may be provided for the purposes of this Act by the Federal or any State Government; (b) moneys earned by the operation of any project, scheme or enterprise financed from the Fund; (c) moneys earned or arising from any property, investment, mortgage, lease, tenancy, charge or debenture acquired by or vested in the Board; (d) any property, investment, mortgage, lease, tenancy, charge or debenture acquired by or vested in the Board; (e) sums borrowed by the Board for the purposes of meeting any of its obligations or discharging any of its duties; (f) moneys earned from the consultancy, advisory or any other services provided by the Board; (g) moneys collected or paid under section 64; (h) moneys collected by the Board under the regulations made under this Act and specified therein as sums payable into the Fund; (i) moneys distributed as dividends from the corporations established under this Act; (j) donations and contributions received from within or outside Malaysia and includes moneys received from any government or organization outside Malaysia; and (k) all other sums or property which may in any manner become payable to or vested in the Board in respect of any matter incidental to its functions and powers.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang

(1) Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Lembaga Lada Malaysia” ditubuhkan. (2) Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Lembaga. (3) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah yang diperuntukkan bagi maksud Akta ini oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; (b) wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (c) wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (d) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (e) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; (f) wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga; (g) wang yang dikutip atau dibayar di bawah seksyen 64; (h) wang yang dikutip oleh Lembaga di bawah Peraturan- Peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan dalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang; (i) wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (j) derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia; dan (k) segala jumlah wang atau harta yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 656 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next