My bookmarksSign up free
← Malaysian Pepper Board Act 2006

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 38

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 38

s 38 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such enquiry as the Magistrate considers necessary, that there is reasonable cause to believe that— (a) any premises has been used or are about to be used for; or (b) there is in any premises evidence necessary to the conduct of an investigation into, the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing any authorized officer named therein, at any reasonable time by day or by night and with or without assistance, to enter the premises and if need be by force. (2) A warrant issued under subsection (1) may authorize the authorized officer to— (a) search the premises for, and to seize or remove from the premises any pepper, pepper product, conveyance, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of such offence; (b) take samples of any pepper, pepper product or thing found in the premises for the purposes of ascertaining, by testing or otherwise, whether the offence has been committed; and (c) make copies of or take extracts from any book, record, document or other article found in the premises. (3) An authorized officer entering any premises under this section may take with him such other persons and equipment as may appear to him to be necessary. (4) An authorized officer may, in the exercise of his powers under this section, if it is necessary so to do,— (a) break open any outer or inner door of the premises or any fence, enclosure, gate or other obstruction to the premises, in order to effect entry into the premises; (b) remove by force any obstruction to entry, search, seizure or removal as he is empowered to effect under this section; and (c) detain any person found in the premises until the search has been completed. (5) Where, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any pepper, pepper product, conveyance, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article seized under this section, the authorized officer shall, by any means, seal such pepper, pepper product, conveyance, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article in the premises or container in which it is found. (6) A person who, without lawful authority breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (5) or removes the pepper, pepper product, conveyance, machinery, contrivance, equipment, book, record, document or other article under seal or attempts to do so commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika ternyata pada Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau (b) ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu jika perlu dengan kekerasan. (2) Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa untuk— (a) menggeledah premis itu dan menyita dan mengalihkan dari premis itu apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; (b) mengambil sampel apa-apa lada, keluaran lada atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan (c) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu. (3) Seseorang pegawai yang diberi kuasa yang memasuki manamana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu. (4) Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat sedemikian,— (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu, atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau halangan lain ke premis itu untuk masuk ke dalam premis itu; (b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan (c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai. (5) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis itu atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (6) Seseorang yang, tanpa kuasa sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 656 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next