My bookmarksSign up free
← Malaysian Pepper Board Act 2006

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 49

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 49

s 49 Admissibility of statements in evidence

(1) In any trial or inquiry by a court into an offence under this Act, any statement, whether the statement amounts to a confession or not, is oral or in writing, made at any time, whether before or after the person is charged and whether in the course of an investigation under this Act or not and whether or not wholly or partly in answer to questions, by an accused person to or in the hearing of an authorized officer and whether or not interpreted to him by any other authorized officer or any other person, whether concerned or not in the arrest of that person, shall, notwithstanding any written law or rule of law to the contrary, be admissible at his trial in evidence and, if that person tenders himself as a witness, any such statement may be used in crossexamination and for the purpose of impeaching his credit. (2) No statement under subsection (1) shall be admissible or used as provided for in that subsection if the making of the statement appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against the person proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give that person grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceedings against him. (3) Where any person is arrested or is informed that he may be prosecuted for any offence under this Act, he shall be served with a notice in writing, which shall be explained to him, to the following effect: β€œYou have been arrested/informed that you may be prosecuted for ................................. (the possible offence under this Act). Do you wish to say anything? If there is any fact on which you intend to rely in your defence in court, you are advised to mention it now. If you hold it back till you go to court, your evidence may be less likely to be believed and this may have a bad effect on your case in general. If you wish to mention any fact now, and you would like it written down, this will be done.”. (4) Notwithstanding subsection (3), a statement by any person accused of any offence under this Act made before there is time to serve a notice under that subsection shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of no such notice having been served on him if such notice has been served on him as soon as is reasonably possible thereafter. (5) No statement made by an accused person in answer to a written notice served on him pursuant to subsection (3) shall be construed as a statement caused by any inducement, threat or promise as is described in subsection (2), if it is otherwise voluntary. (6) Where in any criminal proceedings against a person for an offence under this Act, evidence is given that the accused, on being informed that he might be prosecuted for it, failed to mention any such fact, being a fact which in the circumstances existing at the time he could reasonably have been expected to mention when so informed, the court, in determining whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused and in determining whether the accused is guilty of the offence charged, may draw such inference from the failure as appear proper; and the failure may, on the basis of those inferences, be treated as, or as capable of amounting to, corroboration of any evidence given against the accused in relation to which the failure is material. (7) Nothing in subsection (6) shall in any criminal proceedingsβ€” (a) prejudice the admissibility in evidence of the silence or other reaction of the accused in the face of anything said in his presence relating to the conduct in respect of which he is charged, in so far as evidence of it would be admissible apart from that subsection; or (b) be taken to preclude the drawing of any inference from any such silence or other reaction of the accused which could be drawn apart from that subsection.

Malay text (authoritative)

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1) Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu mahkamah tentang suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada pengakuan salah atau tidak, secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bilabila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh seseorang orang tertuduh kepada atau dengan didengar oleh mana-mana pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai diberi kuasa lain atau mana-mana orang lain, sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya. (3) Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan kepadanya suatu notis secara bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya yang bermaksud seperti yang berikut: β€œKamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas ...........(kesalahan di bawah Akta ini yang mungkin dipertuduhkan). Adakah kamu hendak menyatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang dipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”. (4) Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian telah disampaikan kepada orang itu jika notis sedemikian disampaikan kepadanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin sesudah itu. (5) Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela. (6) Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, maka mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat terjumlah kepada, sokongan apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu adalah suatu perkara material. (7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalam mana-mana prosiding jenayahβ€” (a) menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubung dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain daripada oleh sebab subseksyen itu; atau (b) dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain daripada oleh sebab subseksyen itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VI β†’

Find Act 656 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next