My bookmarksSign up free
← Malaysian Pepper Board Act 2006

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 69

Malaysian Pepper Board Act 2006 s 69

s 69 Protection of informers

(1) Except as provided in subsections (2) and (3), no witness in any civil or criminal proceeding shall be obliged or permitted to disclose the name or address of an informer or the substance of the information received from him or to state any matter, which might lead to his discovery. (2) If any book, record, account, document or computerized data which is in evidence or liable to inspection in any civil or criminal proceeding contains any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all such entries to be concealed from view or to be obliterated so far only as may be necessary to protect the informer from discovery. (3) If on the trial for any offence under this Act the court after full enquiry into the case believes that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceeding the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties in that proceeding without the discovery of the informer, the court may require the production of the original complaint, if in writing, and permit enquiry and require full disclosure, concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui. (2) Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data yang dikomputerkan yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 656 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next