My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 104

Capital Markets and Services Act 2007 s 104

s 104 Sequence of sending and carrying out of orders

(1) A holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts shall not instruct another holder to carry out the instructions of the first-mentioned holder’s client unless the consent of that client has been obtained. (2) Subject to subsection (3), a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts shall send in the sequence in which they are received by the holder all instructions to trade in a class of futures contracts at or near the market price for a futures contract of that class prevailing immediately before the carrying out of the instructions. (3) If— (a) a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts proposes to trade in a class of futures contracts on the holder’s own account; (b) the person by whom or on whose instructions, the instructions for the trading are to be sent is aware of the instructions of a client of the holder to trade in that class of futures contracts at or near the market price for a futures contract of that class prevailing at that time; and (c) the client’s instructions have not been sent, that person shall not send, and shall not give instructions to any other person to send, the instructions to give effect to the proposal of the holder to trade in that class of futures contracts before the instructions of the client are sent. (4) A holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts or a director, officer, employee or representative of a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts, shall not, except— (a) to the extent necessary to carry out the instructions concerned; (b) as required by this Act or any other law; or (c) as required by the rules of any futures exchange of which the holder is an affiliate, disclose to any other person the instructions of a client to trade in a class of futures contracts. (5) A holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts who is an affiliate of a futures exchange and who is concerned in the carrying out, on a futures market of a futures exchange, of instructions to trade in futures contracts shall carry out in the sequence in which they are received by the holder all instructions to trade in a class of futures contracts at or near the market price for a futures contract of that class prevailing immediately before the carrying out of the instructions. (6) If— (a) during a particular period, a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts sends instructions (whether or not those instructions consist of or include instructions giving effect to the proposal of the holder to trade in the class of contracts concerned on the holder’s own account) to trade in a class of futures contracts at or near the market price for a futures contract of that class prevailing immediately before the carrying out of the instructions; and (b) trading in that class of futures contracts is effected under those instructions, the holder shall, except so far as the rules of the futures exchange of which the holder is an affiliate otherwise provide, allocate trading to those instructions— (A) in the sequence in which the trading was effected; and (B) in the sequence in which the holder sent those instructions. (7) A holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts shall keep, in accordance with the regulations, records that set out the prescribed particulars of— (a) the instructions by a client to trade in futures contracts; (b) the date and time of receipt, sending and carrying out of those instructions; (c) the person by whom those instructions are received, the person by whom they are sent and the person by whom they are carried out; (d) the date and time of receipt, sending and carrying out of instructions to trade in futures contracts on the holder’s own account; and (e) the person by whom instructions of the kind referred to in paragraph (d) are received, the person by whom they are sent and the person by whom they are carried out, and shall retain those records for the prescribed period. (8) If— (a) a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts sends, for carrying out on a futures market outside Malaysia, instructions to trade in futures contracts; and (b) it is not reasonably practicable for the holder to set out in the records kept by the holder under subsection (7), the prescribed particulars of the date and time of the carrying out of those instructions, the holder shall set out those particulars as precisely as is reasonably practicable. (9) In this section, a reference to the sending of instructions to trade in a class of futures contracts by a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts is a reference if the holder has— (a) direct access to the futures market on which the instructions are to be carried out, to the sending of the instructions to that futures market; or (b) access to the futures market on which the instructions are to be carried out only through another holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts, to the sending of the instructions to that other holder.

Malay text (authoritative)

Urutan penghantaran dan penjalanan perintah

(1) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan tidak boleh mengarahkan seseorang pemegang lain untuk menjalankan arahan klien pemegang yang mula-mula disebut itu melainkan jika keizinan klien itu telah diperoleh. (2) Tertakluk kepada subseksyen (3), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan hendaklah menghantar mengikut urutan semua arahan itu diterima oleh pemegang itu untuk berdagang dalam suatu kelas kontrak niaga hadapan pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu kontrak niaga hadapan daripada kelas itu yang ada sebaik sebelum arahan itu dijalankan. (3) Jika— (a) pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan bercadang untuk berdagang dalam suatu kelas kontrak niaga hadapan atas akaunnya sendiri; (b) orang yang olehnya atau atas arahannya, arahan untuk berdagang hendak dihantar menyedari tentang arahan seseorang klien pemegang itu untuk berdagang dalam kelas kontrak niaga hadapan itu pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu kontrak niaga hadapan daripada kelas itu yang ada pada masa itu; dan (c) arahan klien itu belum dihantar, orang itu tidak boleh menghantar, dan tidak boleh memberi arahan kepada mana-mana orang lain untuk menghantar, arahan untuk memberi kuat kuasa kepada cadangan pemegang itu untuk berdagang dalam kelas kontrak niaga hadapan itu sebelum arahan klien itu dihantar. (4) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan atau seorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan, tidak boleh, kecuali— (a) s e t a k a t y a n g p e r l u u n t u k m e n j a l a n k a n a r a h a n berkenaan; (b) sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang lain; atau (c) sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah mana-mana bursa niaga hadapan yang pemegang itu merupakan gabungan, menzahirkan kepada mana-mana orang lain arahan seseorang klien untuk berdagang dalam suatu kelas kontrak niaga hadapan. (5) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan yang merupakan gabungan sesuatu bursa niaga hadapan dan yang terlibat dalam menjalankan arahan untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan di pasaran niaga hadapan suatu bursa niaga hadapan hendaklah menjalankan semua arahan untuk berdagang dalam suatu kelas kontrak niaga hadapan pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu kontrak niaga hadapan daripada kelas itu yang ada sebaik sebelum menjalankan arahan itu, mengikut urutan arahan itu diterima oleh pemegang itu. (6) Jika— (a) dalam masa suatu tempoh yang tertentu, pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan menghantar arahan (sama ada atau tidak arahan itu terdiri daripada atau termasuk arahan yang memberi kuat kuasa kepada cadangan pemegang itu untuk berdagang dalam kelas kontrak berkenaan atas akaun pemegang itu sendiri) untuk berdagang dalam suatu kelas kontrak niaga hadapan pada atau hampir dengan harga pasaran bagi kontrak niaga hadapan kelas itu yang ada sebaik sebelum penjalanan arahan itu; dan (b) perdagangan dalam kelas kontrak niaga hadapan itu dilaksanakan di bawah arahan itu, pemegang itu hendaklah, kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh kaedah-kaedah bursa niaga hadapan yang pemegang itu merupakan gabungan, menguntukkan perdagangan mengikut arahan itu— (A) dalam urutan yang mengikutnya perdagangan itu dilaksanakan; dan (B) dalam urutan yang mengikutnya pemegang itu menghantar arahan itu. (7) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan hendaklah menyimpan, mengikut peraturan-peraturan, rekod yang menyatakan butir-butir yang ditetapkan mengenai— (a) arahan oleh seseorang klien untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan; (b) tarikh dan masa penerimaan, penghantaran dan penjalanan arahan itu; (c) orang yang olehnya arahan itu diterima, orang yang olehnya arahan itu dihantar dan orang yang olehnya arahan itu dijalankan; (d) tarikh dan masa penerimaan, penghantaran dan penjalanan arahan untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan atas akaun pemegang itu sendiri; dan (e) orang yang olehnya arahan daripada jenis yang disebut dalam perenggan (d) diterima, orang yang olehnya arahan itu dihantar dan orang yang olehnya arahan itu dijalankan, dan hendaklah memegang simpan rekod itu bagi tempoh yang ditetapkan. (8) Jika— (a) pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan menghantar, bagi menjalankan di suatu pasaran niaga hadapan di luar Malaysia, arahan untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan; dan (b) adalah tidak semunasabahnya dapat dilaksanakan bagi pemegang itu untuk menyatakan dalam rekod yang disimpan oleh pemegang itu di bawah subseksyen (7), butir-butir yang ditetapkan mengenai tarikh dan masa penjalanan arahan itu, pemegang itu hendaklah menyatakan butir-butir itu dengan seberapa tepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan. (9) Dalam seksyen ini, sesuatu sebutan mengenai penghantaran arahan untuk berdagang dalam sesuatu kelas kontrak niaga hadapan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan merupakan sebutan jika pemegang itu mempunyai— (a) akses langsung kepada pasaran niaga hadapan yang arahan itu hendaklah dijalankan, kepada penghantaran arahan itu ke pasaran niaga hadapan itu; atau (b) akses kepada pasaran niaga hadapan yang arahan itu hendaklah dijalankan hanya melalui pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang satu lagi yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan, kepada penghantaran arahan itu kepada pemegang yang satu lagi itu.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next