My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 11

Capital Markets and Services Act 2007 s 11

s 11 Duties of exchange

(1) For the purposes of this section, sections 12, 13 and 27— (a) “exchange” refers to a stock exchange or a futures exchange; and (b) “relevant person” means a participating organisation or an affiliate. (2) It shall be the duty of an exchange to ensure, so far as may be reasonably practicable, an orderly and fair market in the securities or futures contracts that are traded through its facilities. (3) In performing its duty under subsection (2), the exchange shall— (a) act in the public interest having particular regard to the need for the protection of investors; and (b) ensure that where any interests that it is required to serve under any law relating to corporations conflict with the interest referred to in paragraph (a), the latter shall prevail. (4) It shall be the duty of the exchange to take appropriate action as may be provided for under its rules for the purpose of monitoring or securing compliance with such rules. (5) An exchange shall immediately notify the Commission if it becomes aware of— (a) any matter which adversely affects, or is likely to adversely affect, the ability of any relevant person to meet its obligations in respect of its business of dealing in securities or trading in futures contracts, including the ability of any relevant person to comply with the minimum financial requirements as may be prescribed under this Act; or (b) any irregularity, breach of any provision of the securities laws or the rules of the exchange or approved clearing house, or any other matter which, in the opinion of the exchange, indicates or may indicate, that the financial standing or financial integrity of any relevant person or of the chief executive or directors of the relevant person is in question or may reasonably be affected. (6) Without prejudice to subsection (5), when an exchange reprimands, fines, suspends, expels or otherwise disciplines any of its relevant person, it shall, within seven days, give to the Commission in writing the following particulars: (a) the name and address of the business of the relevant person; (b) the reason for and the nature of the action taken; (c) the amount of the fine; (d) the period of suspension, if any; and (e) any other disciplinary action taken. (7) An exchange shall at all times have sufficient financial, human and other resources to ensure the provision of— (a) an orderly and fair market in relation to securities or futures contracts that are traded through its facilities; (b) adequate and properly equipped premises for the conduct of its business; (c) competent personnel for the conduct of its business; and (d) automated systems with adequate capacity, security arrangements and facilities to meet emergencies.

Malay text (authoritative)

Kewajipan bursa

(1) Bagi maksud seksyen ini, seksyen 12, 13 dan 27— (a) “bursa” merujuk kepada suatu bursa saham atau suatu bursa niaga hadapan; atau (b) “orang yang berkaitan” ertinya suatu organisasi peserta atau suatu gabungan. (2) Hendaklah menjadi kewajipan bursa untuk memastikan, setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, suatu pasaran yang teratur dan saksama dalam sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang diperdagangkan melalui kemudahannya. (3) Pada melaksanakan kewajipannya di bawah subseksyen (2), bursa itu hendaklah— (a) bertindak demi kepentingan awam dengan memberikan penekanan kepada keperluan bagi perlindungan pelabur; dan (b) memastikan bahawa jika apa-apa kepentingan yang dikehendaki dilindunginya di bawah mana-mana undangundang yang berhubungan dengan perbadanan bercanggah dengan kepentingan yang disebut dalam perenggan (a), kepentingan yang kemudian disebut itu hendaklah mengatasi. (4) Hendaklah menjadi kewajipan bursa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedahnya bagi maksud mengawasi atau memastikan pematuhan kaedah-kaedah itu. (5) Sesuatu bursa hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya jika bursa mendapat tahu tentang— (a) apa-apa perkara yang menjejaskan, atau yang mungkin menjejaskan, kemampuan mana-mana orang yang berkaitan untuk menunaikan obligasinya berkenaan dengan urusan berniaga dalam sekuriti atau berdagang dalam kontrak niaga hadapannya, termasuk kemampuan mana-mana orang yang berkaitan untuk mematuhi kehendak kewangan minimum yang ditetapkan di bawah Akta ini; atau (b) apa-apa ketidakteraturan, pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau kaedah-kaedah bursa atau pusat penjelasan diluluskan, atau apa-apa perkara lain yang, pada pendapat bursa itu, menandakan atau mungkin menandakan, bahawa kedudukan kewangan atau integriti kewangan mana-mana orang yang berkaitan atau ketua eksekutif atau pengarah orang yang berkaitan itu boleh dipersoalkan atau boleh semunasabahnya terjejas. (6) Tanpa menjejaskan subseksyen (5), apabila sesuatu bursa mencela, mendenda, menggantung, memecat atau selainnya mendisiplinkan, mana-mana orang yang berkaitannya, ia hendaklah, dalam masa tujuh hari, memberi Suruhanjaya secara bertulis butirbutir yang berikut: (a) nama dan alamat urusan orang yang berkaitan; (b) sebab bagi dan jenis tindakan yang diambil; (c) amaun denda; (d) tempoh penggantungan, jika ada; dan (e) apa-apa tindakan disiplin lain yang diambil. (7) Sesuatu bursa hendaklah pada setiap masa mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja dan sumber lain yang mencukupi untuk memastikan penyediaan— (a) suatu pasaran yang teratur dan saksama berhubung dengan sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang diperdagangkan melalui kemudahannya; (b) premis yang mencukupi dan dilengkapi dengan sepatutnya bagi menjalankan urusannya; (c) kakitangan yang cekap bagi menjalankan urusannya; dan (d) sistem automasi dengan kapasiti yang mencukupi, perkiraan keselamatan dan kemudahan untuk menghadapi kecemasan.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next