My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 121

Capital Markets and Services Act 2007 s 121

s 121 Interpretation

For the purposes of this Subdivision, unless the context otherwise requires— “a holder of a Capital Markets Services Licence” means a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of fund management; “client’s assets” includes monies or other property received or retained by, or deposited with a holder of a Capital Markets Services Licence received in the course of his business for which the holder is liable to account to its client, and includes, monies received or property deposited with or held by a custodian or by any other person as may be permitted by the Commission under this Subdivision for which it is liable to account or deliver to the client; “custodian”, in relation to a client of a holder of a Capital Markets Services Licence, means— (a) a licensed bank as defined in the Banking and Financial Institutions Act 1989 appointed by the fund manager with the prior written consent of the client; (b) a licensed merchant bank as defined in the Banking and Financial Institutions Act 1989 appointed by a fund manager with the prior written consent of the client; (c) a trust company registered under the Trust Companies Act 1949 [Act 100]; (d) Amanah Raya Berhad; (e) a participating organization; (f) a wholly owned subsidiary of any institution specified under paragraphs (a), (b) and (e) that provides nominee services; or (g) any other person as may be specified by writing by the Commission; “trust account” means a current, deposit or property account which— (a) is kept with a custodian; or (b) is kept by any person as may be permitted by the Commission under subsection 122(2).

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Bagi maksud Subpenggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “akaun amanah” ertinya akaun semasa, deposit atau harta yang— (a) disimpan dengan penjaga; atau (b) disimpan oleh mana-mana orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 122(2); “aset klien” termasuklah wang atau harta lain yang diterima atau dipegang simpan oleh, atau didepositkan dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang diterima dalam perjalanan urusannya yang pemegang itu bertanggungan menjelaskan kepada kliennya, dan termasuklah, wang yang diterima atau harta yang didepositkan dengan atau yang dipegang oleh penjaga atau oleh mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya di bawah Subpenggal ini yang baginya ia bertanggungan menjelaskan atau menghantar serah kepada klien itu; “pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” ertinya pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang; “penjaga”, berhubung dengan klien pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, ertinya— (a) bank berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dilantik oleh pengurus kumpulan wang dengan persetujuan bertulis klien terlebih dahulu; (b) bank saudagar berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dilantik oleh pengurus kumpulan wang dengan kebenaran bertulis klien terlebih dahulu; (c) syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100]; (d) Amanah Raya Berhad; (e) organisasi peserta; (f) anak syarikat yang dipunyai sepenuhnya oleh mana-mana institusi yang dinyatakan di bawah perenggan (a), (b) dan (e) yang menyediakan perkhidmatan penama; atau (g) mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Suruhanjaya.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next