My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 16

Capital Markets and Services Act 2007 s 16

s 16 Annual Regulatory Report on compliance with ongoing requirements

(1) Within three months after the end of each financial year, a body corporate that has been approved as a stock exchange, futures exchange or an exchange holding company shall prepare and submit to the Commission a regulatory report on the extent to which it has complied with the requirements under sections 11 and 21, and its rules, during the financial year. (2) The Commission shall forthwith send a copy of the regulatory report submitted under subsection (1) to the Minister. (3) For the purposes of subsection (1)— (a) where a stock exchange or a futures exchange is a subsidiary of an exchange holding company, the Commission may specify the entity that is required to submit a regulatory report; and (b) the Commission and the stock exchange, futures exchange or the exchange holding company, as the case may be, may determine between themselves the scope and content of the regulatory report. (4) Upon receipt of the regulatory report under subsection (1), the Commission may at any other time it thinks necessary— (a) conduct a regulatory audit of a body corporate that has been approved as a stock exchange, a futures exchange or an exchange holding company, as the case may be; (b) appoint any independent person to assist the Commission in a regulatory audit conducted under this subsection; and (c) charge the costs related to the conduct of the regulatory audit to the stock exchange, futures exchange or the exchange holding company, as the case may be. (5) The Commission shall as soon as practicable submit to the Minister a copy of the report of the regulatory audit conducted by the Commission under subsection (4). (6) For the purposes of this section— (a) “regulatory audit” refers to an audit on the extent to which a stock exchange, a futures exchange or an exchange holding company, as the case may be, has complied with its regulatory responsibilities, duties or functions under this Act, the rules and any securities laws; and (b) “regulatory report” is a report that is submitted under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Laporan Pengawalseliaan Tahunan tentang pematuhan kehendak yang berterusan

(1) Dalam masa tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan sebagai suatu bursa saham, bursa niaga hadapan atau syarikat pemegangan bursa hendaklah menyediakan dan menyerahkan kepada Suruhanjaya suatu laporan pengawalseliaan tentang setakat yang pertubuhan perbadanan itu telah mematuhi kehendak di bawah seksyen 11 dan 21, dan kaedah-kaedahnya, dalam tahun kewangan itu. (2) Suruhanjaya hendaklah menyerahkan dengan segera suatu salinan laporan pengawalseliaan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) kepada Menteri. (3) Bagi maksud subseksyen (1)— (a) jika suatu bursa saham atau bursa niaga hadapan ialah subsidiari suatu syarikat pemegangan bursa, Suruhanjaya boleh menentukan entiti yang dikehendaki menyerahkan suatu laporan pengawalseliaan; dan (b) Suruhanjaya dan bursa saham, bursa niaga hadapan atau syarikat pemegangan bursa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menentukan antara mereka skop dan kandungan laporan pengawalseliaan itu. (4) Apabila menerima laporan pengawalseliaan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa yang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu— (a) menjalankan audit pengawalseliaan suatu pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan sebagai suatu bursa saham, bursa niaga hadapan atau syarikat pemegangan saham, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) melantik mana-mana orang yang berkecuali untuk membantu Suruhanjaya dalam audit pengawalseliaan yang dijalankan di bawah subseksyen ini; dan (c) mengenakan caj bagi kos berkaitan penjalanan audit pengawalseliaan itu atas bursa saham, bursa niaga hadapan atau syarikat pemegangan bursa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (5) Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan menyerahkan kepada Menteri suatu salinan laporan audit pengawalseliaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (4). (6) Bagi maksud seksyen ini— (a) “audit pengawalseliaan” merujuk kepada audit tentang setakat mana bursa saham, bursa niaga hadapan atau syarikat pemegangan bursa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah mematuhi tanggungjawab, kewajipan atau fungsi pengawalseliaannya di bawah Akta ini, kaedahkaedah dan mana-mana undang-undang sekuriti; dan (b) “laporan pengawalseliaan” ialah laporan yang diserahkan di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next