My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 167

Capital Markets and Services Act 2007 s 167

s 167 Application of fidelity fund

(1) Subject to this Division, if— (a) a person (the “futures person”) suffers monetary loss at a particular time because of a defalcation, or because of fraudulent misuse of monies or other property, by a director, officer, employee or representative of a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts that is at that time an affiliate of a relevant futures exchange or in such other circumstances as may be prescribed under paragraph 159(3)(c); and (b) the loss is suffered in respect of monies or other property that was, in connection with the holder’s trading in futures contracts, entrusted to or received by the holder or by a director, officer or employee of the holder whether before or after the commencement of this section— (i) for or on behalf of the futures person or another person; or (ii) because the holder was trustee of the monies or other property, the fidelity fund of the relevant futures exchange shall be applied for the purpose of compensating the futures person. (2) The amount or the sum of the amounts paid under this Division out of a relevant futures exchange’s fidelity fund for the purpose of— (a) compensating for monetary loss suffered by a futures person; or (b) compensating for monetary loss suffered by any person or persons in respect of a particular holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of trading in futures contracts, must not be greater than the applicable amount stated in or calculated in accordance with the relevant futures exchange’s rules. (3) For the purposes of subsection (2), an amount that is paid from a fidelity fund is, to the extent to which that amount is repaid to the fund, to be disregarded. (4) A reference in this section to a defalcation, or to a fraudulent misuse of monies or other property, is a reference to a defalcation, or to such a fraudulent misuse, wherever and whenever occurring.

Malay text (authoritative)

Penggunaan tabung kesetiaan

(1) Tertakluk kepada Penggal ini, jika— (a) seseorang (“seorang peniaga hadapan”) yang menanggung kerugian wang pada suatu masa yang tertentu disebabkan oleh penggelapan, atau disebabkan oleh salah guna wang atau harta lain secara fraud, oleh seorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan yang pada masa itu merupakan gabungan sesuatu bursa niaga hadapan yang berkaitan atau dalam mana-mana hal keadaan lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 159(3)(c); dan (b) kerugian itu ditanggung berkenaan dengan wang atau harta lain yang, berkaitan dengan berdagang dalam kontrak niaga hadapan pemegang itu, yang diamanahkan kepada atau diterima oleh pemegang itu atau pengarah, pegawai atau pekerja pemegang itu sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa seksyen ini— (i) bagi atau bagi pihak seseorang peniaga hadapan atau seorang lain; atau (ii) kerana pemegang itu ialah pemegang amanah wang atau harta lain, tabung kesetiaan bursa niaga hadapan yang berkaitan itu hendaklah digunakan bagi maksud memampasi peniaga hadapan itu. (2) Amaun atau jumlah amaun yang dibayar di bawah Penggal ini daripada sesuatu tabung kesetiaan bursa niaga hadapan yang berkaitan bagi maksud— (a) memampas kerugian wang yang ditanggung oleh seseorang peniaga hadapan; atau (b) memampas kerugian wang yang ditanggung oleh manamana orang berkenaan dengan seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal tertentu yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan, tidak boleh melebihi amaun yang boleh digunakan yang dinyatakan dalam atau dihitung mengikut kaedah-kaedah bursa niaga hadapan yang berkaitan itu. (3) Bagi maksud subseksyen (2), amaun yang dibayar daripada sesuatu tabung kesetiaan, setakat yang amaun itu telah dibayar balik ke dalam tabung itu, tidak boleh diambil kira. (4) Suatu sebutan dalam seksyen ini mengenai penggelapan, atau salah guna wang atau harta lain secara fraud, ialah sebutan mengenai penggelapan, atau mengenai apa-apa salah guna secara fraud, di mana-mana dan bila-bila berlaku.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next