My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 217

Capital Markets and Services Act 2007 s 217

s 217 Malaysian Code on Take-Overs and Mergers

(1) The Minister may, on the recommendation of the Commission, prescribe a Code which shall be published in the Gazette. (2) The Minister may, from time to time, on the recommendation of the Commission, amend any of the provisions of the Code and any amendment thereto shall be published in the Gazette. (3) The Code shall contain principles and rules governing the conduct of all persons or parties involved in a take-over offer, merger or compulsory acquisition, including an acquirer, offeror, offeree and their officers and associates. (4) The Commission shall administer the Code according to the objectives specified in subsection (5) and may do all such things as may be necessary or expedient to give full effect to the provisions of this Division and the Code and without limiting the generality of the foregoing, may— (a) issue rulings from time to time, interpreting the Code; (b) issue rulings on the practice and conduct of persons involved in or affected by any take-over offer, merger or compulsory acquisition, or in the course of any take-over, merger or compulsory acquisition; and (c) enquire into any matter relating to any take-over offer, merger or compulsory acquisition whether potential or otherwise, and for this purpose, may issue public statements as the Commission thinks fit with respect thereto. (5) In making any recommendation under subsections (1) and (2), and in administering the Code and exercising its powers under this Act, the Commission shall take into account the desirability of ensuring that the acquisition of voting shares or control of companies takes place in an efficient, competitive and informed market and, without limiting the generality of the foregoing, shall have regard to the need to ensure— (a) that the shareholders and directors of an offeree and the market for the shares that are the subject of the take-over offer— (i) are aware of the identity of the acquirer and offeror; (ii) have reasonable time in which to consider a take-over offer; and (iii) are supplied with sufficient information necessary to enable them to assess the merits of any take-over offer; (b) that, so far as practicable, all shareholders of an offeree have equal opportunities to participate in benefits accruing from the take-over offer, including in the premium payable for control; (c) that fair and equal treatment of all shareholders, in particular, minority shareholders, in relation to the take-over offer, merger or compulsory acquisition would be achieved; and (d) in its response to, or making recommendations with respect to any take-over offer, merger or compulsory acquisition, the directors of the offeree and acquirer shall act in good faith to observe the objects, and the manner in which they observe the objects, specified in this subsection, and that minority shareholders are not subject to oppression or disadvantaged by the treatment and conduct of the directors of the offeree or the acquirer.

Malay text (authoritative)

Kod Malaysia mengenai Pengambilalihan dan Percantuman

(1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menetapkan suatu Kod yang hendaklah disiarkan dalam Warta. (2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa atas syor Suruhanjaya, meminda mana-mana peruntukan Kod dan mana-mana pindaan kepada Kod hendaklah disiarkan dalam Warta. (3) Kod hendaklah mengandungi prinsip dan kaedah-kaedah yang mengawal kelakuan semua orang atau pihak yang terlibat dalam sesuatu tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa, termasuk pengambil, pembuat tawaran, penerima tawaran dan pegawai dan sekutu mereka. (4) Suruhanjaya hendaklah mentadbir Kod mengikut objektif yang dinyatakan dalam subseksyen (5) dan boleh membuat segala benda sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan sepenuhnya peruntukan Penggal ini dan Kod, dan tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, boleh— (a) mengeluarkan arahan dari semasa ke semasa, mentafsirkan Kod; (b) mengeluarkan arahan mengenai amalan dan kelakuan orang yang terlibat dalam atau tersentuh oleh mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa, atau dalam perjalanan urusan mana-mana pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa; dan (c) menyiasat apa-apa perkara berhubungan dengan mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa sama ada yang berpotensi atau selainnya, dan bagi maksud ini, boleh mengeluarkan pernyataan awam sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya mengenainya. (5) Dalam membuat apa-apa syor di bawah subseksyen (1) dan (2), dan dalam mentadbirkan Kod dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira perlunya dipastikan bahawa pemerolehan syer mengundi atau kawalan ke atas syarikat berlaku dalam pasaran yang cekap, bersaing dan termaklum dan, tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, hendaklah mengambil kira keperluan untuk memastikan— (a) bahawa pemegang syer dan pengarah penerima tawaran dan pasaran bagi syer yang menjadi subjek tawaran pengambilalihan itu— (i) sedar tentang identiti pengambil tawaran dan pembuat tawaran itu; (ii) mempunyai masa yang munasabah untuk menimbangkan suatu tawaran pengambilalihan; dan (iii) dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi yang perlu untuk membolehkan mereka menilai merit mana-mana tawaran pengambilalihan; (b) bahawa, setakat yang dapat dilaksanakan, semua pemegang syer penerima tawaran mempunyai peluang yang sama untuk menyertai dalam faedah yang terakru daripada tawaran pengambilalihan itu, termasuk dalam premium yang kena dibayar bagi kawalan; (c) bahawa perlakuan yang adil dan sama rata semua pemegang saham, khususnya, pemegang saham minoriti, berhubung dengan tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa akan tercapai; dan (d) dalam responsnya kepada, atau dalam membuat syor mengenai mana-mana tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa, pengarah penerima tawaran dan pengambil tawaran hendaklah bertindak dengan suci hati untuk mematuhi tujuan dan cara mereka mematuhi tujuan itu, yang dinyatakan dalam subseksyen ini, dan bahawa pemegang saham minoriti tidak tertindas atau berada dalam keadaan merugikan oleh pelakuan dan kelakuan pengarah penerima tawaran atau pengambil itu.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next