My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 221

Capital Markets and Services Act 2007 s 221

s 221 False or misleading documents, information, etc.

(1) Where any document or information is required to be submitted to the Commission under this Division or the Code in relation to a take-over offer, merger or compulsory acquisition— (a) an acquirer, an offeror or a person making a compulsory acquisition or effecting a merger, its officers or associates; (b) an offeree, its officers or associates; (c) a financial adviser or an expert; or (d) any other person, shall not— (A) submit or cause to be submitted any document or information that is false or misleading; (B) provide or cause to be provided any document or information from which there is material omission; or (C) engage in conduct that he knows to be misleading or deceptive or is likely to mislead or deceive. (2) It shall be a defence to a prosecution or any proceeding for a contravention of subsection (1) if it is proved that the defendant, after making enquiries as were reasonable in the circumstances, had reasonable grounds to believe, and did until the time of the provision of the document or information or engaging in the conduct was of the belief that— (a) the document or information was true and not misleading; (b) the omission was not material; (c) there was no material omission; or (d) the conduct in question was not misleading or deceptive. (3) A person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Dokumen, maklumat, dsb., yang palsu atau mengelirukan

(1) Jika apa-apa dokumen atau maklumat dikehendaki dikemukakan kepada Suruhanjaya di bawah Penggal ini atau Kod berhubung dengan sesuatu tawaran pengambilalihan, percantuman atau pengambilan paksa— (a) seorang pengambil, pembuat tawaran atau orang yang membuat pengambilan paksa atau melaksanakan suatu percantuman, pegawai atau sekutunya; (b) seorang penerima tawaran, pegawai atau sekutunya; (c) seorang penasihat kewangan atau pakar; atau (d) mana-mana orang lain, tidak boleh— (a) mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa dokumen atau maklumat yang palsu atau menggelirukan; (b) memberikan atau menyebabkan diberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material; atau (c) terlibat dalam kelakuan yang diketahuinya sebagai menggelirukan atau memperdayakan atau berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan. (2) Adalah menjadi suatu pembelaan kepada suatu pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, setelah membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan sehingga masa dokumen atau maklumat itu diberikan atau penglibatannya dalam kelakuan itu, sememangnya mempercayai bahawa— (a) dokumen atau maklumat itu adalah benar dan tidak menggelirukan; (b) peninggalan itu tidaklah material; (c) tidak terdapat peninggalan material; atau (d) kelakuan yang berkenaan tidak mengelirukan atau memperdayakan. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next