My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 238

Capital Markets and Services Act 2007 s 238

s 238 Supplementary or replacement prospectus

(1) This section applies— (a) in the case of a unit trust scheme or prescribed investment scheme, where a prospectus has been registered; or (b) in any other case, where a prospectus has been registered but before the issue of securities, and where the issuer becomes aware that— (A) a matter has arisen and information in respect of that matter would have been required by— (i) section 235 or 236; (ii) any requirement under this Act; (iii) any guidelines issued by the Commission; or (iv) any listing requirement of a stock exchange, to be disclosed in the prospectus if the matter had arisen at the time the prospectus was prepared; (B) there has been a significant change affecting a matter disclosed in the prospectus; (C) the prospectus contains a material statement or information that is false or misleading; or (D) the prospectus contains a statement or information from which there is a material omission. (2) As soon as practicable after becoming aware of a matter referred to in subsection (1), the issuer shall submit a supplementary or replacement prospectus, as the case may be, to the Commission for registration. (3) The issuer shall lodge the supplementary or replacement prospectus, as the case may be— (a) in relation to securities other than a unit trust scheme or prescribed investment scheme, with the Registrar immediately upon registration by the Commission; and (b) in relation to a unit trust scheme or prescribed investment scheme, with the Commission immediately upon registration by the Commission. (4) Subsection (1) shall apply with respect to matters contained in a supplementary or replacement prospectus, as the case may be, previously registered under this section in respect of the securities in question. (5) On each page of a supplementary prospectus, there shall be a clear statement in bold type that states that the document is a supplementary prospectus that is to be read in conjunction with the original prospectus and if other supplementary prospectuses have been issued in relation to the original prospectus, both the original prospectus and the supplementary prospectuses. (6) At the beginning of the replacement prospectus, there shall be a clear statement in bold type that states the document is a replacement prospectus, and identifies the prospectus which it replaces. (7) A supplementary prospectus shall be regarded as being part of the prospectus to which it relates and the provisions of this Act and any other law relating to liability in respect of statements in and omissions from prospectuses or otherwise relating to prospectuses shall apply to such supplementary prospectus and shall have effect accordingly. (8) A replacement prospectus shall be regarded as replacing the prospectus previously registered under section 233. (9) Where a supplementary prospectus has been registered by the Commission, every copy of the original prospectus issued after registration of the supplementary prospectus must be accompanied by a copy of the supplementary prospectus. (10) Notwithstanding the provisions of this section, the Commission may, on the written application of any issuer or of its own accord, make an order relieving such person from, or approving any variation of, the requirements of this section. (11) In making an order under this section, the Commission may impose such terms and conditions as it thinks fit. (12) The Commission shall not make an order under subsection (10) unless it is satisfied that— (a) compliance with the requirements of this Act is unnecessary for the protection of persons who may normally be expected to deal in those securities, being persons who would reasonably be expected to understand the risks involved; or (b) compliance with the requirements of this Act would impose an unreasonable burden on the issuer. (13) A person who contravenes subsection (2), (3), (5), (6) or (9) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both. (14) A person who contravenes any term or condition as may be imposed by the Commission under subsection (11) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Prospektus tambahan atau gantian

(1) Seksyen ini terpakai— (a) dalam hal suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, jika suatu prospektus telah didaftarkan; atau (b) dalam apa-apa hal lain, jika suatu prospektus telah didaftarkan tetapi sebelum sekuriti diterbitkan, dan jika penerbit menyedari bahawa— (a) suatu perkara telah timbul dan maklumat berkenaan dengan perkara itu akan dikehendaki oleh— (i) seksyen 235 atau 236; (ii) mana-mana kehendak di bawah Akta ini; (iii) mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau (iv) mana-mana kehendak penyenaraian sesuatu bursa saham, untuk dizahirkan dalam prospektus sekiranya perkara itu timbul pada masa prospektus itu disediakan; (b) terdapat suatu perubahan yang signifikan yang menyentuh suatu perkara yang dizahirkan dalam prospektus itu; (c) prospektus itu mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang material yang palsu atau mengelirukan; atau (d) prospektus itu mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material. (2) Secepat yang dapat dilaksanakan selepas menyedari tentang perkara yang disebut dalam subseksyen (1), penerbit hendaklah mengemukakan suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran. (3) Penerbit hendaklah menyerah simpan prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) berhubung dengan sekuriti selain suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, dengan Pendaftar sebaik sahaja didaftarkan oleh Suruhanjaya; dan (b) berhubung dengan suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, dengan Suruhanjaya sebaik sahaja didaftarkan oleh Suruhanjaya. (4) Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan perkara yang terkandung dalam suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang didaftarkan terdahulu di bawah seksyen ini berkenaan dengan sekuriti yang berkenaan. (5) Pada setiap muka surat suatu prospektus tambahan, hendaklah terdapat suatu pernyataan yang jelas dalam taipan tebal yang menyatakan bahawa dokumen itu ialah suatu prospektus tambahan yang hendaklah dibaca bersama dengan prospektus asal dan sekiranya prospektus tambahan lain telah diterbitkan berhubung dengan prospektus asal, kedua-dua prospektus asal dan prospektus tambahan itu. (6) Pada permulaan suatu prospektus gantian, hendaklah terdapat suatu pernyataan yang jelas dalam taipan tebal yang menyatakan bahawa dokumen itu ialah suatu prospektus gantian, dan mengenal pasti prospektus yang digantikannya. (7) Suatu prospektus tambahan hendaklah dikira sebagai sebahagian daripada prospektus yang dimaksudkan olehnya dan peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan tanggungan berkenaan dengan pernyataan dan peninggalan dalam prospektus atau selainnya berhubung dengan prospektus hendaklah terpakai bagi prospektus tambahan itu dan hendaklah mempunyai kesan sewajarnya. (8) Suatu prospektus gantian hendaklah dianggap sebagai menggantikan prospektus terdahulu yang didaftarkan di bawah seksyen 233. (9) Jika suatu prospektus tambahan telah didaftarkan oleh Suruhanjaya, tiap-tiap salinan prospektus asal yang dikeluarkan selepas pendaftaran prospektus tambahan itu hendaklah disertakan dengan suatu salinan prospektus tambahan itu. (10) Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Suruhanjaya boleh, atas permohonan bertulis mana-mana penerbit atau atas kehendaknya sendiri, membuat suatu perintah yang melepaskan mana-mana orang daripada, atau meluluskan apa-apa perubahan kepada kehendak seksyen ini. (11) Dalam membuat suatu perintah di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut olehnya. (12) Suruhanjaya tidak boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (10) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa— (a) pematuhan kehendak Akta ini tidak perlu bagi melindungi orang yang lazimnya dijangkakan berniaga dalam sekuriti itu, iaitu seseorang yang semunasabahnya dijangkakan memahami risiko yang terlibat; atau (b) pematuhan kehendak Akta ini akan mengenakan beban yang tidak munasabah ke atas penerbit. (13) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2), (3), (5), (6) atau (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (14) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana terma atau syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (11) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next